Papan selaju: Atlet bawah 15 tahun catat kejayaan di King of Kuta 2025

Haris (kiri), Naitik Dhankar, Danish dan Nuh Zhaffran di podium kategori bawah 15 tahun di King of Kuta 2025, Bali. -Foto Hisyam Hurairah
BALI: Peluncur muda negara, Haris dan Danish Hurairah, masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga dalam kategori bawah 15 tahun kejohanan papan selaju tahunan King of Kuta 2025 yang berlangsung di Bali, Indonesia.
Ringkasan AI
- Haris dan Danish Hurairah masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dalam kategori bawah 15 tahun kejohanan King of Kuta 2025 di Bali, manakala Nuh Zhaffran di tempat keempat.
- Miqayla Fazrul mara ke peringkat akhir kategori terbuka wanita dan menamatkan saingan di tempat keenam, bersama peluncur wanita Malaysia lain yang menunjukkan peningkatan prestasi.
- Kejohanan ini menarik penyertaan antarabangsa termasuk peluncur profesional dari Jerman dan Belanda, menjadikan saingan tahun ini sangat kompetitif.
Dalam kategori terbuka lelaki, peluncur kebangsaan Mahathir Nor Daniel menamatkan saingan di tempat kesembilan, manakala peluncur nombor satu negara, Momo Khan, kurang bernasib baik apabila terkandas di pusingan kelayakan walaupun mempersembahkan trik berkualiti tinggi.
Kategori terbuka lelaki tahun ini amat kompetitif dengan penyertaan atlet kebangsaan dari Australia, Jerman, Perancis, Jepun, Belanda, dan Indonesia.
Antara nama besar yang turut bertanding ialah peluncur profesional Alex Mizurov dari Jerman dan Jason Lijnzaat dari Belanda.
Dalam kategori terbuka wanita, peluncur berusia 13 tahun, Miqayla Fazrul, berjaya mara ke peringkat akhir dan menamatkan saingan di tempat keenam.
Miqayla turut disertai kakaknya Rania dan Mya Qirannah, serta Sharifah Dee Damia, yang masing-masing menunjukkan peningkatan prestasi.
Atlet Thailand, Chunkao "Mini" Udomphen, 11, muncul juara kategori wanit terbuka, mengekalkan statusnya sebagai peluncur wanita terbaik di rantau ini selepas memenangi Skate Tour ASEAN di Pulau Pinang Ogos lalu.
King of Kuta merupakan kejohanan papan selaju tahunan yang mula diperkenalkan pada 2019 dan sentiasa menarik penyertaan peluncur dari pelbagai negara.
Kejohanan ini terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 dan kembali semula pada 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami