awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papan selaju: Momo lonjak ke ranking nombor satu Malaysia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
29/09/2025
07:20 MYT
Papan selaju: Momo lonjak ke ranking nombor satu Malaysia
Momo Khan menamatkan 2025 sebagai peluncur nombor satu negara. -Foto Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MYSKATE)
KUALA LUMPUR: Atlet papan selaju kebangsaan, Momo Khan, 15, melonjak ke ranking nombor satu Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MySKATE) selepas menjuarai acara street skateboarding Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025, di sini, pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Momo Khan, 15, dinobatkan atlet papan selaju nombor satu negara selepas menjuarai acara street skateboarding Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025.
  • Beliau mengatasi Kieron Brodie dengan 9,065 mata dalam ranking MySKATE, hasil kemenangan di kejohanan kebangsaan dan ASEAN Malaysia Open.
  • Adelia Haziqah muncul juara kategori street wanita terbuka.

Sejak Mata Ranking Skate Kebangsaan (NSRP) diperkenalkan pada Februari lalu, ini merupakan kejayaan terbesar Momo yang akhirnya berjaya meraih kedudukan teratas selepas kejohanan terakhir anjuran MySKATE bagi tahun ini.
Kemenangan itu membolehkan Momo merampas takhta daripada atlet veteran kebangsaan, Kieron Brodie, 47 dari Kuala Lumpur, yang menamatkan saingan di tempat kelima.
Sebelum ini, atlet Selangor itu muncul satu-satunya wakil negara yang mara ke final Skate Tour ASEAN Malaysia Open 2025 di Pulau Pinang Ogos lalu, sekali gus dinobatkan juara kebangsaan dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara itu.
Dengan kejayaan terbaharu, Momo menambah 2,000 mata untuk mengumpul keseluruhan 9,065 mata di ranking teratas, mengatasi Kieron yang kini berada di tempat kedua dengan 8,260 mata.
Dalam acara street skateboarding pada Ahad, Syed Qodeem Hayyan Al-Khered dari Selangor meraih tempat kedua, manakala rakan sepasukan Momo dalam program pembangunan MSN, Mahathir Nor Daniel dari Johor, menamatkan saingan di tempat ketiga.
Kieron menduduki tempat kelima, manakala Nor Firdaus Marzuki dari Sarawak menduduki tempat keempat.
Sementara itu, bagi kategori street wanita terbuka, Adelia Haziqah dari Selangor muncul juara, manakala Tia Adelisa di tempat kedua.
Tia atau lebih dikenali sebagai Chicha, mengekalkan kedudukan ranking nombor satu dalam kategori street skateboarding wanita kebangsaan.
Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung sejak Jumaat di Heritage Valley Kuala Lumpur turut menampilkan acara BMX, rollerskate freestyle, push bike dan cabaran berhalangan.
Topic Berkaitan
#momo khan
#MYSKATE
#Papan Selaju
#Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025
#street skateboarding
#Chicha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan