awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut kereta dinaiki dihanyutkan arus di Tawau
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 4.3 peratus pada 2026 - Affin Bank
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Para ASEAN 2025: Ketiadaan Kemboja bakal beri kesan sasaran pingat Malaysia

Bernama
Bernama
08/01/2026
05:35 MYT
Para ASEAN 2025: Ketiadaan Kemboja bakal beri kesan sasaran pingat Malaysia
Mohd Zarrawi Ravi berkata kontinjen Malaysia sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi tersebut dengan melakukan persiapan yang terbaik. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketiadaan Kemboja dijangka memberi kesan terhadap sasaran pungutan pingat kontinjen negara pada temasya Para ASEAN 2025 yang akan berlangsung di Korat, Thailand bermula 20 hingga 26 Jan ini.

Ringkasan AI
  • Ketiadaan Kemboja di temasya Para ASEAN 2025 di Thailand memberi kesan terhadap sasaran pungutan pingat kontinjen negara, dengan beberapa kelas kecacatan terpaksa digabungkan bagi mengimbangi kekurangan peserta.
  • Ketua Kontinjen Malaysia, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, menyatakan kebimbangan berikutan penggabungan kelas yang mungkin memberi kesan kepada atlet terlibat, seperti dalam sukan blind football yang hanya tinggal tiga pasukan.
  • Kontinjen Malaysia bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan persiapan terbaik, sementara atlet negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi, bertekad mempertahankan pingat emas dan memecahkan rekod peribadi pada temasya tersebut.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Mohd Zarrawi Ravi Abdullah berkata ketiadaan Kemboja pada temasya itu menyebabkan beberapa kelas kecacatan terpaksa digabungkan dalam satu acara bagi mengimbangi kekurangan peserta.
"Kalau melihat kepada jadual yang kami terima, memang Kemboja tidak ambil bahagian. Kerisauan saya adalah kemungkinan terdapat penggabungan sekali gus memberi kesan kepada atlet yang terbabit.
"Lagi satu saya ambil contoh sukan blind football, sepatutnya ada empat pasukan jadi sekarang tinggal tiga. Jadi pingat hanya akan diberikan kepada juara dan naib juara," katanya ketika ditemui selepas sesi lawatan CDM ke pusat latihan olahraga di Majlis Sukan Malaysia, di sini hari ini
Bagaimanapun, Mohd Zarrawi Ravi berkata kontinjen Malaysia sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi tersebut dengan melakukan persiapan yang terbaik.
Beliau juga berharap atlet yang membawa cabaran negara di temasya tersebut memberikan aksi yang cemerlang bagi mengharumkan nama Malaysia.
Sementara itu, atlet 400 meter negara Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi bertekad untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas.
"Selain mahu membawa pulang pingat emas, saya turut meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod peribadi 47.4 saat.
"Ketika ini fokus saya adalah kepada diri sendiri dan tidak mahu fikir siapa lawan saya di sana. saya cuma mahu mengharumkan nama negara dan keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#Para ASEAN 2025
#Mohd Zarrawi Ravi Abdullah
#kontinjen malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan