Skip to main content

Malaysia

Ashwad Ismail mampu bawa transformasi baharu di RTM - Fahmi

Ashwad Ismail, Fahmi Fadzil, Ketua Pengarah Penyiaran
Fahmi berkata, pesanan beliau kepada Ashwad agar memastikan perubahan mampu berlaku secara konstruktif dan mengenalpasti pendekatan terbaik untuk mengemudi jabatan yang mengendali enam stesen televisyen dan 34 stesen radio. - Sumber foto IG fahmifadzil.1

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yakin bahawa Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu mampu membawa Jabatan Penyiaran ke arah transformasi yang lebih positif dan relevan dengan kehendak semasa.

Fahmi berkata, pesanan beliau kepada Ashwad agar memastikan perubahan mampu berlaku secara konstruktif dan mengenalpasti pendekatan terbaik untuk mengemudi jabatan yang mengendali enam stesen televisyen dan 34 stesen radio.

Advertisement

“Pendengar dan penonton kini banyak mendapatkan maklumat melalui telefon pintar berbanding televisyen atau radio. Oleh itu, Jabatan Penyiaran perlu memastikan kandungan yang disampaikan kekal sesuai, diminati dan terus relevan dengan perkembangan teknologi serta corak penggunaan media masyarakat,” kata beliau.

Fahmi turut menekankan bahawa gandingan Ashwad dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Sharifah Zainah Syed Ahmad diyakini akan memperkukuh usaha Kementerian Komunikasi dan kerajaan dalam menyampaikan maklumat dengan lebih pantas, berkesan hingga ke peringkat akar umbi.

“Kerjasama ini akan membantu memastikan mesej kerajaan dapat disampaikan dengan cara yang lebih dekat kepada rakyat, sekali gus meningkatkan keberkesanan komunikasi di era digital,” tambahnya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ashwad dan Sharifah Zainah di pejabatnya di Angkasapuri, di ibu negara pada Isnin.

Dalam pada itu, Ashwad turut bertekad untuk meneruskan legasi transformasi oleh bekas Ketua Pengarah Penyiaran sebelum ini, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Ashwad berkata, transformasi yang dilaksanakan sebelum ini berlaku dengan pantas dan komprehensif, dan beliau bersama pasukan termasuk Sharifah Zainah akan memastikan momentum tersebut terus diperkukuh.

“Kita semua telah melihat bagaimana transformasi di RTM berlaku dengan begitu pantas dan menyeluruh.

“Saya bersama pasukan, termasuk Sharifah Zainah telah meneliti perkembangan awal yang sedang berjalan, dan apa yang akan kami pastikan ialah meneruskan momentum tersebut dengan memahami bahawa landskap media kini berubah dengan sangat cepat, sama ada dari segi corak penggunaan media, aspek komersial di belakang industri penyiaran, mahupun aspek pengurusan dalaman.

“Paling penting, kami akan memastikan penyampaian mesej Kerajaan kepada rakyat terus jelas, efektif dan menjadi fokus Utama," tambah Ashwad. 

Ashwad pada Isnin memulakan 

Must Watch Video