awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Muhyiddin, Anwar zahir ucapan tahniah buat Bonnie

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/08/2021
05:22 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Muhyiddin, Anwar zahir ucapan tahniah buat Bonnie
Bonnie memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas pertama dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai satu yang mengagumkan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, aksi atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu yang memecahkan rekod Paralimpik akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara.
Sehubungan itu, Muhyiddin menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan Bonnie dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, hari ini.
"Keupayaan melakukan angkatan menakjubkan sehingga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di arena membuktikan anda sememangnya layak dipertaruhkan sebagai antara prospek utama memenangi pingat emas pada edisi kali ini," kata Muhyiddin dalam kemas kini di laman Facebook, sebentar tadi.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Terdahulu, Bonnie memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg).
Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182kg.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan Bonnie menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.
"Tahniah kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas pertama negara dan memecahkan rekod Paralimpik dalam kategori lelaki 72kg," tulis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di laman Facebooknya.
Sumber Facebook anwaribrahimofficial
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo 2020
#Bonnie Bunyau Gustin
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan