TOKYO: Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Jurulatih Kebangsaan, Jamil Adam memaklumkan mereka mengambil keputusan untuk Bonnie memulakan saingan dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) dengan angkatan 217kg, yang dilihat jauh lebih berat daripada atlet lain menerusi percubaan pertamanya dalam saingan yang berlangsung di Tokyo International Forum hari ini.
Katanya, percaturan mereka itu dilihat sebagai amaran yang dilaungkan atlet Sarawak itu kepada atlet lain dalam usahanya untuk meraih emas dalam penampilan pertamanya di pentas Paralimpik di sini.
"Strategi kami sebenarnya mahu Bonnie melakukan angkatan 220kg dalam percubaan pertama namun kami putuskan untuk mengambil jalan selamat terlebih dahulu menerusi bebanan 217kg untuk membina keyakinannya," katanya dalam sidang media secara maya.
Atlet China, Hu Peng, dilihat sebagai pencabar paling hampir dengan jumlah bebanan diangkat Bonnie, menerusi angkatan seberat 208kg, namun percuban pertamanya gagal dan membuka ruang kepada Bonnie untuk menghasilkan angkatan menakjubkan selepas itu.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Beliau yang menemui rentak selepas percubannya, terus cemerlang melakukan angkatan kedua dengan 225kg sebelum memecah rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq dilakukan di Rio 2016 iaitu 227kg, dengan angkatan seberat 228kg.
Beliau bagaimanapun tidak berjaya untuk melakukan angkatan seberat 231kg dalam percubaan keempatnya untuk memecah rekod dunia miliknya sendiri iaitu 230kg dilakukan pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas.
Pingat perak dimenangi atlet Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan terbaik 191kg manakala gangsa milik Micky Yule dari Great Britain menerusi angkatan bebanan 182kg.
Jamil yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-52 semalam menyifatkan anak buahnya sebagai atlet luar biasa apabila memiliki komitmen serta disiplin tinggi bagi menggenggam emas diidamkannya itu.
Beliau percaya atlet berusia 22 tahun itu mampu merangkul emas di sini apabila memberikan fokus 100 peratus dalam sesi latihan mahupun pertandingan disertainya selain tidak gentar dengan mana-mana pencabarnya.
Katanya, Bonnie mempunyai masa depan yang cerah untuk menempa lebih banyak kejayaan pada masa depan termasuk mengintai peluang untuk mempertahankan pingat di Paris 2024.
Mula mengesan bakat Bonnie sejak berumur 13 tahun selepas sering mengikuti bapanya, Gustin Jenang, yang merupakan pemenang gangsa kategori 59kg di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, dalam sesi latihan sebelum ini, Jamil berkata pencapaian dilakar atlet itu hari ini merupakan pencapaian terbesarnya semenjak mula mewakili negara pada 2017.
Sementara itu, Jamil berharap agar kejayaan Bonnie mampu memberi inspirasi kepada seorang lagi wakil powerlifting negara, Jong Yee Khie untuk memperagakan angkatan terbaik dalam acara 107 kg ke atas, Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo. - Foto KBS
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara - Ismail Sabri
Menerusi catatan di Facebook, Ismail Sabri mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting itu.
Bonnie tepati ramalan, raih emas keempat Malaysia di Birmingham
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Sukan Komanwel: MPM optimis Bonnie gegar Birmingham
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini meletakkan sasaran tujuh emas untuk dibawa pulang kontinjen negara di Birmingham nanti.