awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 petugas PBB dibunuh dengan sengaja pada 2025
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil

Patung replika Cristiano Ronaldo dibakar

Astro Arena
Astro Arena
23/01/2026
04:30 MYT
Patung replika Cristiano Ronaldo dibakar
Video insiden itu yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan individu tersebut menyiram patung sebelum menyalakan api.
SEBUAH patung gangsa Cristiano Ronaldo di Madeira menjadi sasaran vandalisme apabila seorang individu menyiram cecair mudah terbakar dan membakarnya, sebelum merakam perbuatan itu dan memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial.

Ringkasan AI
  • Sebuah patung gangsa Cristiano Ronaldo di Madeira disiram cecair mudah terbakar dan dibakar oleh seorang individu di luar Muzium CR7 di Funchal.
  • Video insiden itu yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan individu tersebut menyiram patung sebelum menyalakan api, diiringi dengan kapsyen "Ini adalah amaran terakhir tuhan".
  • Pihak berkuasa Portugal telah menahan seorang suspek berkaitan dengan insiden vandalisme itu selepas menerima maklumat awam, dengan kerjasama masyarakat turut ditekankan.

Insiden tersebut berlaku pada Selasa lalu di luar Muzium CR7 di Funchal, lokasi yang didedikasikan khas bagi mempamerkan perjalanan kerjaya legenda bola sepak Portugal itu.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang pemuda menyiram patung setinggi kira-kira 11 kaki itu dengan cecair sebelum menyalakan api, lapor Daily Mail.
Dalam video sama, individu tersebut dilihat berundur seketika bagi mengelak bahang api sebelum menari dalam keadaan gelisah mengikut alunan muzik rap yang dimainkan menerusi pembesar suara mudah alih.
Klip berkenaan kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram miliknya yang mempunyai sekitar 1,000 pengikut, dengan kapsyen berbunyi, “Ini adalah amaran terakhir tuhan.”
Walaupun api dilaporkan merebak dengan pantas, ia padam tidak lama kemudian dan setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada patung berkenaan mengalami kerosakan kekal.
Bagaimanapun, perbuatan vandalisme itu mencetuskan kemarahan orang ramai serta peminat Ronaldo di seluruh dunia.
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut dengan menyifatkannya sebagai “tidak bermakna”, “menghina maruah seorang ikon sukan”, serta cubaan terdesak untuk meraih perhatian dan populariti dalam talian.
Sementara itu, hampir dua hari selepas kejadian, pihak berkuasa Portugal mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung insiden berkenaan.
Pemerintah Wilayah Madeira bagi Polis Keselamatan Awam (PSP) dalam satu kenyataan memaklumkan kes tersebut berjaya diselesaikan hasil maklumat awam.
“Berikutan insiden yang baru-baru ini berlaku berhampiran patung Cristiano Ronaldo di Funchal, pihak polis berjaya menamatkan situasi ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan sumbangan maklumat yang amat penting dalam operasi ini,” menurut kenyataan itu seperti dipetik Metro UK.
Kenyataan sama menegaskan bahawa kerjasama masyarakat yang bertanggungjawab dan pantas membolehkan pihak polis mengenal pasti serta menahan individu terbabit dengan segera.
Cristiano Ronaldo, 40, kini beraksi sebagai penyerang bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, yang disertainya pada 2023 selepas tamat penggal keduanya bersama Manchester United.
Dengan rekod jaringan gol yang terus konsisten, penjaring terbanyak sepanjang zaman bola sepak antarabangsa itu masih menyimpan hasrat untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2026. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#patung ronaldo dibakar
#Portugal
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.