Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dilaporkan bakal berdepan dengan tindakan tatatertib susulan kekecohan yang berlaku dalam perlawanan menentang Felda United.

Pengerusi jawatankuasa tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak mengesahkan bahawa PBNJ bakal berdepan hukuman oleh badan induk itu susulan insiden berkenaan.

“Saya sendiri lihat para penyokong bertindak membakar flare sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan, jadi diharapkan para penyokong faham bahawa segala tindakan mereka bakal memberi impak kepada persatuan masing-masing”, kata Taufek.

Tambahnya, PBNJ boleh didakwa atas kesalahan gagal mengawal para penyokong sepertimana yang berlaku pada negeri Kelantan dan Terengganu.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu ( PBNT) pernah didenda lebih RM50,000 atas kesalahan mengenai keselamatan penonton.

Selain insiden di Larkin, PBNJ juga bakal dikenakan hukuman gara-gara insiden di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 22 Februari lalu.

Tambah Taufek, siasatan bakal membabitkan dua kes.

Dalam perlawanan Johor DT menentang Felda united itu, penyokong Johor DT memasangkan kain rentang yang tertulis perkataan mengkritik mutu pengadilan.