SUKAN
Pearly-Thinaah tamatkan badi, mara ke final Terbuka Jepun

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, untuk melangkah ke pentas akhir Terbuka Jepun 2025, sebentar tadi. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, untuk melangkah ke pentas akhir Terbuka Jepun 2025, sebentar tadi.
Aksi yang berlangsung selama 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu berakhir dengan straight set, 21-13,21-12 berpihak kepada Pearly-Thinaah.
Pearly-Thinaah turun dalam set pertama dengan momentum yang menyakinkan apabila mendahului 11-4, meskipun wakil tuan rumah itu cuba bangkit namun mereka menamatkan permainan terlebih dahulu dengan keputusan 21-13.
Matsuyama-Shida terus bergelut dalam set kedua apabila kerap melakukan kesilapan mudah selepas diasak wakil negara.Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya wakil negara di ranking ketiga dunia itu untuk menamatkan permainan dengan kemenangan 21-12 sekali gus menewaskan pilihan kedua kejohanan itu.
Untuk rekod, kemanangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah melakar kemenangan kedua ke atas Matsuyama-Shida daripada 15 pertemuan -13 kemenangan berpihak kepada Matsuyama-Shida- dalam 15 kali pertemuan.
Kali terakhir mereka melakar kemenangan ke atas wakil Jepun itu adalah pada saingan Terbuka Perancis 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami