awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba Marta García terselamat daripada kemalangan ngeri

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2025
01:30 MYT
Pelumba Marta García terselamat daripada kemalangan ngeri
Marta Garcia ketika ini berada dalam fasa pemulihan selepas berlanggar dengan hadangan di Circuit de Barcelona-Catalunya pada Sabtu ketika perlumbaan Piala Le Mans.
PELUMBA wanita, Marta Garcia, akhirnya mendedahkan perasaan 'panik' yang dialami ketika jentera yang dipandu terbakar selepas terlibat dalam kemalangan.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu ketika ini berada dalam fasa pemulihan selepas berlanggar dengan hadangan di Circuit de Barcelona-Catalunya pada Sabtu ketika perlumbaan Piala Le Mans.
Garcia, yang merupakan juara pertama Akademi F1, memimpin perlumbaan kelas GT3 untuk Iron Dames ketika jentera yang dipandu, Porsche 911, bergesel dari belakang dengan pelumba di tempat kedua, Elesio Donno dari pasukan Corse Ferrari.
Sentuhan itu memaksa Porsche yang dikendali pelumba berusia 24 tahun itu hilang kawalan, sehingga terbabas di hadangan - kemalangan tersebut memaksa jentera yang dipandu mula terbakar.
Tiada pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi Garcia tersepit dalam keretanya yang dipenuhi asap sehingga marshal memecahkan pintu untuk mengeluarkannya.
Garcia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan berjaga-jaga selepas terhidu terlalu banyak asap.
"Hai semua, semalam saya mengalami salah satu detik paling sukar dalam kerjaya saya," tulisnya.
"Saya mengalami kemalangan di Litar de Barcelona, ​​dengan impak 21 Gs. Seorang pemandu melanggar saya dari belakang dan saya terus masuk ke dalam penghadang tayar di sebelah dinding. Kereta itu terbakar, dan walaupun saya berjaya keluar sendiri, saya terhidu sedikit asap dan berasa pening selepas itu.
"Saya tidak dapat membuka pintu saya kerana ia tersekat akibat impak, dan saya mula panik apabila semakin banyak asap masuk ke dalam kereta... sehingga marshal memecahkan pintu pemandu bersama dan membawa saya keluar. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana bertindak balas dengan cepat dan atas kerja yang mereka lakukan."
Pasukan Iron Dames mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan bahawa Garcia tidak mengalami kecederaan serius dan 'tersenyum' walaupun ditahan di hospital semalaman. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Marta Garcia
#pelumba Marta Garcia
#kemalangan ngeri
#Circuit de Barcelona-Catalunya
#Piala Le Mans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan