awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluncur ombak negara berjaya di peringkat akhir kejohanan di Phuket

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
03/07/2019
12:12 MYT
Peluncur ombak negara berjaya di peringkat akhir kejohanan di Phuket
Aksi Didaqt Musaddiq di kejohanan Pearl of Andaman Surf Contest 2019. - Foto Safari X
MASIH ramai belum tahu bahawa ramai anak-anak muda di Cherating, Telok Chempedak, Dungun dan di negeri-negeri pantai timur di Malaysia mempunyai bakat dalam sukan luncur ombak.
Baru-baru ini, dua peluncur ombak negara, Didaqt Musaddiq dan Suhaimi Hassan, masing-masing berusia 24 tahun, berjaya mara ke peringkat akhir Pearl of Andaman Surf Contest 2019 di Phuket hujung minggu lalu.
Didaqt dan Suhaimi, masing-masing mendapat tempat keempat dalam kategori yang mereka sertai, iaitu longboard dan shortboard.
Suhaimi Hassan (dua dari kanan) semasa upacara penyampaian hadiah. - Foto Safari X
Ini merupakan satu perkembangan yang baik memandangkan luncur ombak akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019 di Filipina dan kejohanan tersebut disertai peluncur-peluncur terbaik dari Thailand, Indonesia dan Singapura.
Ia juga pendedahan yang baik untuk atlet tempatan bagi menghadapi acara baru dalam Olimpik ini yang akan dipertandingkan buat julung kalinya di Tokyo 2020.
Pengarah Program Safari Xtreme Sports & Events, Mushidy Ibrahim berharap agar pengalaman dan pendedahan yang diberi dapat meningkatkan peluang atlet-atlet ini untuk menyertai Sukan SEA dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
"Kami berharap agar terus mendapat penajaan dan sokongan padu daripada masyarakat setempat serta kerajaan negeri dan persekutuan untuk dapat membawa peluncur-peluncur ombak ini ke peringkat seterusnya” kata Mushidy.
Didaqt Musaddiq mendapat tempat keempat acara longboard di Pearl of Andaman Surf Contest 2019. - Foto Safari X
Safari Xtreme Sports & Events merupakan penganjur acara sukan ekstrem dan juga menaja lima peluncur ombak dari Pahang untuk menyertai kejohanan di Phuket tersebut.
Tiga lagi peluncur lain yang menyertai kejohanan tersebut adalah Mohd Daud, 29 tahun, Nazrin Nasaruddin, 25 dan Mona Rasidah, 35.
Topic Berkaitan
#Cherating
#Didaqt Musaddiq
#Dungun
#luncur ombak
#Olimpik
#Pearl of Andaman Surf Contest
#Phuket
#Suhaimi Hassan
#Sukan SEA Filipina
#surfing
#Telok Chempedak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan