awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain baharu sandaran Selangor FC - Kinoshi

Bernama
Bernama
07/08/2025
13:30 MYT
Pemain baharu sandaran Selangor FC  - Kinoshi
Katsuhito Kinoshi (kiri) dan Ketua Pasukan Selangor FC, Nooa Laine, bergambar bersama pada Sidang Media Pra Perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC, di SSI. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi optimis pemain import baharu mampu memainkan peranan penting dalam pertembungan Piala Sumbangsih menentang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam esok.
Meskipun sedar rekod kebal Harimau Selatan di gelanggang sendiri, pengendali dari Jepun itu percaya skuad Red Giants yang kini dibarisi muka baharu mampu tampil tenang dan memperagakan corak permainan terbaik mereka.
Katanya walaupun sebahagian pemain baharu masih belum beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M), pengalaman luas yang dimiliki mampu membantu mereka menyesuaikan diri dengan segera menjelang aksi sulung musim baharu itu.
"Kami menghormati JDT yang sudah lama mendominasi bola sepak tempatan serta memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa, namun kami percaya pada kekuatan pasukan kami.
"Saya harap kehadiran pemain baharu ini mampu memberi impak dalam perlawanan esok. Walaupun mereka belum berpengalaman di Liga Malaysia, mereka ialah pemain yang berpengalaman secara keseluruhan.
"Kami juga sudah bersama-sama selama enam hingga tujuh minggu dalam persiapan pramusim, jadi saya percaya kami sudah membentuk sebuah pasukan yang mantap dan bersedia untuk perlawanan esok," katanya pada sidang media praperlawanan, di sini hari ini.
Antara pemain baharu yang memperkuatkan Selangor musim ini ialah Zach Clough, Moses Raj, Willian Lira, Omid Musawi, Chrigor Moraes dan Picha Autra.
Dalam masa sama, Kinoshi turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu tertekan menjelang aksi tumpuan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu.
"Fokus dan nikmati permainan. Tapi 'nikmati' bukan bermakna ambil mudah. Maksud saya, berikan segalanya, kekal kuat dari segi mental dan tunjukkan kualiti bola sepak kita.
"Itulah yang kami maksudkan dengan 'menikmati'. Kami mahu main mengikut cara kami di stadium yang indah ini menentang pasukan yang kuat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Selangor FC
#Liga Malaysia
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan