awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain beregu jangan leka dengan kejayaan - Rexy

Bernama
Bernama
10/06/2025
20:45 MYT
Pemain beregu jangan leka dengan kejayaan - Rexy
Rexy Mainaky mengingatkan gandingan negara supaya tidak leka dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai hingga boleh menjejaskan prestasi mereka. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pengarah Kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky mengingatkan gandingan negara supaya tidak leka dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai hingga boleh menjejaskan prestasi mereka.
Beliau berkata, masih banyak kejohanan akan ditempuh dan mereka perlu bekerja keras dalam usaha mengejar matlamat utama iaitu layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
"Kalau kita berbicara berpuas hati, kita harus menghargai apa yang sudah dibuat oleh pemain dengan suatu kepuasan.
"Tapi kena ingat jangan sampai kepuasan itu menyebabkan kita leka kerana kejohanan masih banyak dan Olimpik masih jauh," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Road To Gold (RTG) di Menara Kementerian Belia dan Sukan, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menampilkan aksi memberangsangkan di beberapa kejohanan disertai mereka.
Aaron-Wooi Yik meraih tiga gelaran dalam tempoh tiga bulan iaitu Kejohanan Badminton Asia pada April, Terbuka Thailand (Mei) dan Terbuka Singapura awal bulan ini manakala Wei-Chong Kai Wun muncul juara Masters Malaysia.
Selain itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah juga tidak kurang hebatnya apabila menjuarai Terbuka Thailand.
Sementara itu, Rexy merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa RTG khususnya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memulakan program berkenaan lebih awal.
"Saya rasa kita merupakan negara terawal membuat persiapan LA28 melalui program RTG. Bagi saya ini merupakan satu perkembangan positif buat atlet RTG," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rexy Mainaky
#pemain beregu
#leka
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan