awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain catur remaja negara rangkul Piala PMX di Kejohanan Catur ASEAN+ ke-23

Bernama
Bernama
08/07/2025
22:30 MYT
Pemain catur remaja negara rangkul Piala PMX di Kejohanan Catur ASEAN+ ke-23
Ramli Ngah Talib (dua, kanan) menyampaikan Piala Perdana Menteri kepada Shen Ree Herng (dua, kiri) malam tadi. Turut hadir anak Perdana Menteri, Nurul Nuha Anwar (kiri). - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Pemain catur remaja, Shen Ree Herng dipilih sebagai penerima Piala PMX "Prestasi Terbaik Keseluruhan Peserta Malaysia" dalam Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 yang berlangsung di sini.
Trofi itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib kepada Ree Herng, 15, dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah kejohanan berkenaan malam ini yang turut dihadiri Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA), See Swee Sie.
Dalam kejohanan yang bermula 1 Julai lepas, Ree Herng yang mewakili Selangor muncul peserta terbaik negara dalam kategori 16 tahun selepas menduduki tempat kelima daripada 30 peserta yang diungguli wakil Vietnam.
Ree Herng berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai penerima trofi berkenaan yang diharapkan bakal menjadi pembakar semangat untuknya berusaha lebih keras pada masa hadapan.
"Sasaran saya selepas ini adalah (gelaran) Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) Master dan terus menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa," katanya ketika ditemui Bernama pada majlis berkenaan di sini.
Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Petaling Jaya itu berkata, dia mula menceburi sukan catur sejak berusia tujuh tahun dan kini menjalani latihan bersama jurulatih peribadi.
Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 telah menghimpunkan lebih 400 bakat muda dalam sukan catur dari 21 negara termasuk negara anggota ASEAN serta rakan dialog seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, India, Korea Selatan dan Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#catur
#Shen Ree Herng
#Piala PMX
#Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan