awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain import Korea Selatan, Gambia bakal perkuat Kelantan FC

Bernama
Bernama
11/02/2023
08:27 MYT
Pemain import Korea Selatan, Gambia bakal perkuat Kelantan FC
Kelantan FC memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong Krubally (kanan) dari Gambia dan Kim Ming Kyu (kiri) dari Korea Selatan. - Foto Facebook TRW Kelantan FC
KOTA BHARU: Kelab bola sepak Kelantan FC sah mendapatkan khidmat dua pemain import dari Korea Selatan dan Gambia menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula 24 Feb ini.
Kelantan FC dalam kenyataan memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong Krubally, 29, dari Gambia dan Kim Ming Kyu, 24, dari Korea Selatan.
"Nuha Marong akan bermain di posisi penyerang dan Kim Ming pula bermain di bahagian pertahanan. Kedua-kedua pemain import ini menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut Kelantan FC, Nuha Marong memiliki pakej yang baik sebagai penggempur utama pasukan kerana mempunyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan bersama skuad Sepanyol Bawah 21 Tahun dan pasukan Gambia.
"Pengalaman beliau begitu berharga dan ketajaman beliau akan memberikan impak positif dalam skuad musim ini.
"Selain itu, peranan Ming Kyu sebagai benteng akhir amat diperlukan untuk membantu skuad Kelantan FC kerana memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaannya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#pemain import
#Kim Ming Kyu
#Nuha Marong Krubally
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan