SURABAYA: Tujuh pemain futsal negara mengalami keracunan makanan sebelum perlawanan final menentang Indonesia pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Gelora Olahraga Rakyat (GOR) Futsal Universitas Negeri Surabaya (UNESA) di sini semalam
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
Pengendali pasukan Addy Shairullyzam berkata anak buahnya sudah kelihatan tidak bermaya sebelum melangkah ke perlawanan final dan tiga daripada mereka mendapatkan rawatan titisan intravena (IV Drip).
Katanya, pemain bagaimanapun tetap meneruskan perlawanan demi menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara di temasya sukan berprestij itu.
"Separuh daripada mereka keracunan, cirit-birit dan muntah-muntah dan terpaksa diberi IV Drip.
"Walaupun tak dapat emas tapi mereka berjaya habiskan perlawanan, kita cuba nak dapatkan gol awal, tapi pemain kita makin kekurangan tenaga, mental dan fizikal mereka tak mampu nak dapatkan gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Addy berkata punca keracunan para pemain masih belum dikenal pasti kerana kesemua pemain hanya makan hidangan yang disediakan di hotel kontinjen.
Jaringan tunggal skuad negara disudah Muhammad Syarifuddin Md Akhir pada minit ke-38 manakala empat jaringan Indonesia disempurnakan Dewa Rizki pada minit ketiga dan kesembilan, Brandyca Piola (ke-11) dan Ramadhani Zidani (ke-34).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024
Malaysia meraih pingat perak menerusi skuad futsal negara yang dikecewakan Indonesia 1-4 di aksi final di Gelora Olahraga Rakyat Futsal Universitas Negeri Surabaya, pada Ahad. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.