Ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek yakin barisan pemain perseorangan mampu menyumbang mata penuh pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, bermula esok hingga 11 Feb.
Beliau berkata Datuk Lee Chong Wei selaku pemain perseorangan pertama dijangka tidak menghadapi masalah untuk menyumbang mata pertama negara.
Diikuti perseorangan kedua Lee Zii Jia serta perseorangan ketiga yang berkemungkinan besar menyaksikan penampilan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
"Kita akan buat percaturan dan kita harapkan ketiga-tiga pemain dapat sumbang mata penuh. Kalau mereka dapat bermain dengan baik, secara automatik keputusan yang baik akan terhasil.
"Kita ada pemain yang seimbang… muda dan tua. Yang membezakan mereka adalah pengalaman. Saya harap dapat membina satu pasukan terbaik untuk saingan esok," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Misbun mengakui pertemuan menentang Thailand dalam aksi pertama Kumpulan C esok, adalah seimbang.
"Kita tidak boleh pandang ringan saingan Thailand. Saya andaikan pertemuan 50-50.
"Thailand mempunyai barisan seimbang dengan pasukan kita…ada perseorangan yang baik, pasangan beregu yang baik, begitu juga pasukan kita. Kelebihan kita ialah dengan kehadiran Datuk Lee Chong Wei," katanya.
Mengulas mengenai prestasi Iskandar Zulkarnain, Misbun berharap pemain berusia 27 tahun itu dapat mengekalkan momentum terbaiknya selepas aksi di Terbuka India, Sabtu lepas.
"Saya lihat prestasi Iskandar semakin meningkat dan saya sangat berharap agar momentum itu dapat diteruskan," katanya.
Setakat ini, hanya Chong Wei dan Zii Jia sudah mengesahkan tempat manakala perseorangan ketiga sama ada Iskandar Zulkarnain atau Soong Joo Vern, yang akan diketahui esok.
Bagi beregu lelaki pula, gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan diturunkan selaku beregu utama, sementara pasangan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin sebagai beregu kedua.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Thailand, Taiwan dan Myanmar dengan misi meraih tempat secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Mei depan.
Malaysia perlu mara ke separuh akhir pada kejohanan itu, yang juga merupakan pusingan kelayakan ke Piala Thomas 2018.
Esok, pasukan wanita juga akan turun beraksi menentang Vietnam bagi merebut tempat ke Piala Uber.
Skuad wanita diundi dalam Kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina.
Barisan pemain wanita terdiri daripada Soniia Cheah, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun dan S. Kisona untuk perseorangan serta gandingan beregu Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Tee Jing Yi, yang menggantikan tempat Lee Meng Yean yang mengalami kecederaan lutut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2018
MISBUN: Saya lihat prestasi Iskandar semakin meningkat dan saya sangat berharap agar momentum itu dapat diteruskan. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.