awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia, ada sejarah penyakit asma

Bernama
Bernama
26/05/2022
12:55 MYT
Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia, ada sejarah penyakit asma
Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma. - Foto ihsan Facebook Selangor FC
KUALA LUMPUR: Pemain Piala Presiden Selangor FC Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata ia hasil semakan rekod kesihatan pemain berusia 21 tahun itu.
Beliau berkata Muhammad Husni ditemukan terbaring berhampiran tandas di sebuah medan selera di Sunway X Park, Petaling Jaya pada 9.58 malam.
"Pemain tersebut telah menyertai perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim III di Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kelana Jaya.
"Setelah selesai perlawanan, Muhammad Husni dan beberapa rakan ke lokasi kejadian (medan selera) untuk menjamu selera sebelum mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ku Mashariman berkata mayat Muhammad Husni dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran Facebook hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Husni dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemain Piala Presiden Selangor FC
#Muhammad Husni Idrus
#penyakit asma
#Polis Daerah Petaling Jaya
#Sunway X Park
#medan selera
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan