awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain tidak disuntik vaksin COVID-19 dibenarkan ambil bahagian dalam Terbuka Australia

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2021
00:41 MYT
Pemain tidak disuntik vaksin COVID-19 dibenarkan ambil bahagian dalam Terbuka Australia
WTA turut meminta pemain merahsiakan butiran dalam emel tersebut untuk beberapa hari.
MELBOURNE: Atlet yang tidak mengambil suntikan dos vaksin COVID-19 dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Australia selepas menjalani 14 hari kuarantin.
Kenyataan oleh Jelajah WTA berkenaan diperolehi melalui emel yang dibocorkan kepada media Amerika Syarikat.
Ia turut bertentangan dengan kenyataan dibuat Menteri Immigresen Australia minggu lepas yang berkata semua pemain perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebelum diberi visa bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam acara Grand Slam ini.
Satu pertiga pemain WTA dan ATP belum divaksin, menurut laporan.
Pemain nombor satu dunia lelaki, Novak Djokovic juga enggan mendedahkan status vaksinasi beliau.
Dalam emel berkenaan, WTA berkata badan itu ingin menjelaskan segala kemusykilan yang timbul berkenaan syarat yang dikenakan untuk mengambil bahagian dalam Terbuka Australia.
WTA turut meminta pemain merahsiakan butiran dalam emel tersebut untuk beberapa hari sementara penganjur kejohanan berkenaan bincangkan perincian syarat-syarat penyertaan dengan pihak kerajaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Terbuka Australia
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan