awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan akademi badminton alami kelewatan

Astro Arena
Astro Arena
01/04/2016
23:47 MYT
Pembinaan akademi badminton alami kelewatan
Akademi Badminton Kebangsaan ialah sebahagian daripada Bajet 2013 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. - Gambar hiasan
AKADEMI Badminton Kebangsaan, yang menjadi sebahagian daripada Bajet 2013 turut mengalami nasib sama Velodrom Nasional Malaysia ekoran masalah teknikal dan lewat hampir setahun daripada jadual asal.
Akademi Badminton Kebangsaan di Bukit Kiara sepatutnya siap November tahun lalu.
Namun, terdapat masalah teknikal hingga menjejaskan projek yang menelan kos RM30 juta itu.
Pemaju sudah memaklumkan masalah itu kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan tarikh baru untuk disiapkan selewat-lewatnya, Oktober depan.
"Pembinaan itu berjalan dengan kurang lancar kerana ada masalah batu besar di situ yang terpaksa di alihkan kontraktor, tetapi kini masalah itu telah selesai dan pembinaan sedang berjalan seperti biasa," kata Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria.
Akademi Badminton Kebangsaan ialah sebahagian daripada Bajet 2013 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.
Ia membabitkan dana RM80 juta bersama pembinaan Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.
Walaupun lewat daripada jadual asal, namun keutamaan BAM ketika ini ialah mendapatkan pengetua akademi terbabit.
Beberapa pakar badminton sudah ditemubual namun semuanya gagal memikat BAM.
"Kebanyakkan calon tidak relevan jadi sebab itulah kami masih mencari individu yang layak kerana kami mahu menubuhkan akademi yang berprestij sepertimana dilaksanakan Akademi Milton Keys (England) dan Akademi Yong Bo," jelas Norza lagi.
Topic Berkaitan
#Akademi Badminton Malaysia
#Bajet 2013
#BAM
#masalah teknikal
#pembinaan akademi
#Velodrom Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan