awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan venue Sukma Johor capai 80 peratus

Bernama
Bernama
19/12/2019
14:12 MYT
Pembinaan venue Sukma Johor capai 80 peratus
Stadium Olah raga Mount Austin. KPRJ sedang melaksanakan tanggungjawab pembinaan dengan baik menjelang temasya yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai depan. - Foto: Facebook/Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd
Kemajuan kesemua kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf venue bagi Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, sudah mencapai 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada April depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor, On Jabbar @ Ja'afar berkata Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang diberikan kepercayaan itu oleh kerajaan negeri, sedang melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik menjelang temasya yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai depan, diikuti Para Sukma, dari 16 hingga 22 Ogos 2020.
"Sebanyak 11 venue masih dalam pembinaan dan ada venue yang telah siap seperti Stadium Olahraga Mount Austin yang menelan kos RM182 juta, cuma tunggu kemudahan utiliti dan infrastruktur. Bagi pengelolaan pula, semua perancangan dah siap mengikut 24 jawatankuasa yang dibentuk seperti penginapan, pengangkutan dan keselamatan.
Dari segi gerak kerja dan perolehan, kita akan mulakan pada tahun depan," katanya pada sidang media dan majlis memperkenalkan penaja Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Wisma OCM di sini, hari ini.
Antara venue yang masih dalam pembinaan ialah Youth Hub Iskandar di Iskandar Puteri yang menempatkan trek velodrom dan BMX, serta Arena Emas di Taman Impian Emas mempunyai gelanggang memanah, arena boling padang, arena petanque dan pusat skuasy.
Selain hab utama di Johor Bahru, beberapa sukan seperti pelayaran dan berbasikal lebuh raya akan dianjurkan di Daerah Kota Tinggi, manakala Muar bakal menganjurkan kanu dan angkat berat daripada 26 jenis sukan yang bakal dianjurkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPRJ
#on jabbar
#stadium
#Sukan Malaysia
#SUKMA
#Sukma Johor
#venue pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan