Pemilihan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat dapat memulihkan industri bola sepak negara, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), berkata dengan pelantikan itu, FAM sebagai badan induk bola sepak negara, mempunyai pucuk pimpinan yang lebih berkaliber, mantap dan berdaya saing.
Beliau berkata biarpun sejak 30 tahun lepas FAM melaksanakan pelbagai inisiatif, namun masih gagal menikmati kejayaan yang diidamkan -seperti layak ke Piala Dunia.
"Ia sesuatu yang amat dinanti-nantikan semua peminat bola sepak tempatan dan pastinya penambahbaikan itu akan mendatangkan kebaikan buat FAM pada masa akan datang sekaligus memulihkan industri bola sepak negara.
"Justeru, penting bagi FAM dalam memastikan kesinambungan kepimpinan agar dapat diteruskan dalam kerangka memastikan bola sepak negara terus cemerlang di persada dunia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Melaka di sini pada Rabu.
Tunku Ismail disahkan sebagai presiden FAM bagi penggal 2017-2021 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53, Sabtu lepas.
Dua jawatan Timbalan Presiden FAM pula disandang Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Seri Subahan Kamal dan Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Mengulas mengenai pemilihan Mohd Yusof, Idris berkata ini kali pertama wakil dari Melaka menyandang jawatan itu dan berharap Mohd Yusof dapat melaksanakan tugas berkenaan dengan sebaiknya.
"Tahniah kepada beliau (Mohd Yusof) atas pemilihan ini...jalankan tanggungjawab membantu Tunku Presiden (Tunku Ismail) menaikkan bola sepak negara," katanya.
Sementara itu, Idris berkata Kelab Rekreasi Golf di Jasin dekat sini, yang dibaik pulih dengan kos lebih RM5 juta dijangka bakal memulakan operasi Julai depan.
"Kelab yang setakat ini memiliki enam lubang dijangka menarik tumpuan peminat golf seluruh negara termasuk pemain profesional untuk berkunjung ke sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
IDRIS: Dengan pelantikan itu, FAM sebagai badan induk bola sepak negara, mempunyai pucuk pimpinan yang lebih berkaliber, mantap dan berdaya saing.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.