awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat banjiri sesi latihan Barcelona FC di Stadium Nasional

Bernama
Bernama
10/08/2013
03:18 MYT
Peminat banjiri sesi latihan Barcelona FC di Stadium Nasional
Hampir 3,000 peminat fanatik kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Barcelona FC tidak melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan pemain kegemaran masing-masing secara dekat pada sesi latihan pasukan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Jumaat.
Skuad itu yang tiba pada kira-kira 7.15 malam disambut sorakan gemuruh daripada penyokongnya sambil melaungkan nama beberapa pemain bintang kelab itu seperti Lionel Messi, Neymar dan Gerard Pique.
Sesi latihan hampir sejam itu dikendalikan pengurus baharu dari Argentina, Gerardo Martino yang menggantikan pengurus terdahulu, Tito Vilanova yang berhenti bagi mendapatkan rawatan kanser tekak.
Tinjauan Bernama mendapati ada segelintir penyokong yang cuba merempuh masuk ke padang untuk mendapatkan tandatangan pemain pujaan mereka, namun berjaya ditahan anggota keselamatan yang bertugas.
Sementara itu, beberapa pengamal media tempatan yang menunggu di kawasan yang dikhaskan untuk sesi temu ramah selepas berakhirnya sesi latihan itu pulang hampa selepas tidak dapat berbuat demikian.
Bernama difahamkan promoter perlawanan dikatakan lebih memberi peluang kepada media asing terutama dari Sepanyol untuk sesi berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal media tempatan.
Pasukan terkemuka dunia itu kini dalam siri pramusim Jelaja Asia 2013 dan akan menentang skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan di stadium berkenaan pada pukul 8.45 malam esok.
Topic Berkaitan
#Barcelona FC
#Bukit Jalil
#Rajagobal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan