awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penalti Abdulla Yusuf pastikan Bahrain juara Kumpulan E

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/06/2022
11:43 MYT
Penalti Abdulla Yusuf pastikan Bahrain juara Kumpulan E
Bahrain ternyata berada di kelas tersendiri apabila menguasai perlawanan sejak wisel dimulakan. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR : Bahrain mengesahkan kelayakan ke saingan Piala Asia 2023 di China sebagai juara Kumpulan E selepas menundukkan Turkmenistan dengan keputusan satu gol tanpa balas, pada Selasa.
Penalti minit ke-24 disempurnakan penyerang, Abdulla Yusuf Helal, sudah cukup memberikan tiga mata berharga buat pasukan Bahrain ketika kedua-dua pasukan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.
Bahrain ternyata berada di kelas tersendiri apabila menguasai perlawanan sejak wisel dimulakan.
Begitupun, selepas gol pertama, Bahrain mula mengendurkan asakan dan hanya sesekali mengancam kubu lawan dengan Turkmenistan juga kadangkala mencemaskan kubu Bahrain.
Tiga mata itu menyaksikan pasukan dari Asia Barat itu menggungguli Kumpulan E dengan sembilan mata diikuti Malaysia di tangga kedua dengan tiga mata, tidak termasuk perlawanan dengan Bangladesh.
Malam ini, Malaysia akan berdepan pasukan di tangga tercorot, Bangladesh dengan misi wajib menang untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023.
Kekalahan Filipina kepada Palestin mencerahkan harapan Malaysia dengan kemenangan malam ini bakal meletakkan Malaysia sebagai antara lima naib juara kumpulan terbaik.
Topic Berkaitan
#Bahrain
#Turkmenistan
#Piala Asia
#Stadium Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan