awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import

Bernama
Bernama
18/04/2024
02:30 MYT
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Reaksi Akmal Rizal (tengah) ketika memantau perlawanan Kejohanan Empat Penjuru Pra Musim antara Penang FC dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi. - Facebook Penang FC
KUALA NERUS: Ketua jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui kelab bimbingannya amat mengharapkan tambahan seorang lagi pemain import bagi memperkuat pasukan itu musim ini.
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang bagi membantu menghasilkan jaringan.
Akmal Rizal berkata beliau sudah memiliki calon yang berkelayakan dari negara Amerika Latin, namun perancangan tersebut hanya dapat direalisasikan dengan persetujuan pihak pengurusan.
"Esok (hari ini) pihak pengurusan akan bermesyuarat. Mungkin ada kata putus sama ada saya boleh membawa seorang lagi pemain utama di bahagian tengah menyerang.
"Calon kuota bebas sudah ada. Saya harap perkara ini dapat direalisasikan untuk kita tambah kekuatan di bahagian serangan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Kejohanan Empat Penjuru Pra Musim menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.
Akmal Rizal berkata beliau juga belum memutuskan kesebelasan utama yang akan membarisi skuad Harimau Kumbang musim ini.
Justeru katanya peluang masih terbuka untuk semua termasuk pemain muda membuktikan keupayaan bagi merebut tempat utama dalam pasukan.
"Semua pemain yang ada dalam pasukan ini saya yang pilih. Jadi sama ada pemain baharu, pemain muda yang dinaikkan daripada skuad bawah 23 tahun atau yang dikekalkan daripada musim lalu mempunyai peluang sama rata.
"Terpulang pada pemain bagaimana mereka nak ambil peluang untuk buktikan keupayaan masing-masing," katanya yang berazam untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam Liga Super musim ini.
Penang FC musim ini sudah mengikat empat tonggak import iaitu Moon Gun Young, Rodrigo Dias, Rafael Vitor dan Richmond Ankrah yang dipinjamkan oleh Selangor FC selama semusim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penang FC
#TFC
#pemain import
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan