awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah
Peru isytihar darurat di 134 daerah susulan hujan lebat
'Kolaborasi agung' langkah tepat, perlu panggil pemimpin bersama Tun M juga - Syed Ali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang FC sedar halangan, persiap pasukan untuk tempuh 90 minit di Kuching

Bernama
Bernama
19/01/2026
03:10 MYT
Penang FC sedar halangan, persiap pasukan untuk tempuh 90 minit di Kuching
Pemain Penang FC, Stefano Brundo (tengah) dikawal oleh pemain Kuching City FC pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya pada Ahad. Keputusan semasa Penang FC 1-0 Kuching City FC. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Berbekalkan kelebihan satu gol bukan jaminan selesa buat Penang FC yang bakal bertandang ke Sarawak untuk aksi timbal balik perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2025/2026 menentang Kuching City FC, pada 24 Jan.
Menyedari hakikat itu, Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, pasukannya, akan membuat persiapan rapi bagi mengharungi baki 90 minit yang dijangka mencabar, lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong lawan.
"Kami sedar halangan yang bakal dihadapi di Kuching nanti dan saya akan mempersiapkan pasukan untuk sebarang kemungkinan sepanjang 90 minit perlawanan.
"Namun, apa yang boleh saya katakan, kami akan pergi dengan pendekatan yang sama, iaitu bermain secara menyerang dan menerapkan permainan tekanan," katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.
Dalam aksi itu Penang FC meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan penyerang import baharu kelahiran Brazil Douglas Coutinho Gomes De Souza pada minit ke-40, sekali gus meletakkan Harimau Kumbang di hadapan menjelang perlawanan timbal balik nanti.
Mengenai keputusannya meletakkan Douglas dalam kesebelasan utama, Wan Rohaimi menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepada pemain itu berbaloi selepas berjaya mencipta impak segera dengan jaringan pada penampilan sulungnya.
"Kepercayaan telah diberikan dan Douglas berjaya membalasnya dengan baik. Alhamdulillah, impak segera kita dapat daripada beliau daripada penampilan pertama dengan gol pertama dan saya berharap prestasi serta keyakinan dirinya akan terus meningkat untuk membantu Penang FC pada perlawanan akan datang," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berkata, kekalahan malam tadi tidak melemahkan moral pasukannya yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan serta optimis sokongan padu penyokong di Kuching nanti mampu menjadi suntikan semangat kepada pemain untuk memburu kebangkitan.
Beliau turut menyifatkan kehilangan tumpuan pada separuh masa pertama khususnya dalam mengawal set piece, memberi kelebihan kepada tuan rumah walaupun menegaskan Penang FC tidak mencipta banyak peluang terbuka sepanjang perlawanan.
"Ini perlawanan piala yang penuh dengan cabaran serta pelbagai kemungkinan dan sentiasa ada kejutan. Kami perlu bangkit dengan cepat. Pulau Pinang mungkin gembira hari ini, tetapi ini hanyalah separuh pertama perlawanan dua pusingan dan kita akan lihat apa yang berlaku apabila kami bermain di Kuching," katanya.
Aidil dalam pada itu memaklumkan tahap kecederaan pemain tengah Muhammad Danial Amier Norhisham masih belum dapat dipastikan dan akan dinilai pasukan perubatan dalam tempoh terdekat.
"Mungkin doktor akan menilai kecederaan tersebut setelah bengkak surut dan menentukan sama ada pemeriksaan X-ray atau MRI diperlukan. Kecederaan itu masih baharu, namun kelihatan serius kerana kecederaan buku lali akibat terseliuh boleh menjadi agak teruk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Penang FC
#Kuching City FC
#harimau kumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan