awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarikan diri pasukan besar dari Liga M, bakal calar imej bola sepak Malaysia

Bernama
Bernama
19/05/2025
03:00 MYT
Penarikan diri pasukan besar dari Liga M, bakal calar imej bola sepak Malaysia
Sri Pahang FC antara pasukan yang dilaporkan bakal menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak negara, Reduan Abdullah melahirkan rasa kecewa dengan berita beberapa pasukan besar yang bakal menarik diri daripada bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.
Beliau yang juga merupakan bekas jurulatih pasukan UiTM FC menyifatkan perkembangan itu bukan sahaja bakal mencalarkan imej Liga-M tetapi juga memberi satu petanda berkenaan situasi tidak sihat sukan bola sepak di Malaysia.
"Saya rasa bukan sahaja saya yang risau mengenai situasi ini, tetapi peminat juga risau tentang penarikan diri beberapa pasukan besar dari Liga-M pada musim depan.
"Saya rasa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia perlu memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan situasi itu " katanya ketika ditemui semalam.
Sebelum ini media melaporkan beberapa pasukan besar dilaporkan tidak akan beraksi dalam kancah Liga-M pada musim hadapan antaranya, Perak FC, Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.
Reduan berkata, beliau juga berpandangan, sekiranya pasukan-pasukan besar itu berhasrat menarik diri daripada beraksi dalam kancah Liga-M, ia juga bakal memberi kesan kepada pembangunan bola sepak Malaysia.
"Kalau pembangunan bola sepak kita tak serius, kita akan lihat banyak pemain import dengan pemain warisan bermain di Liga-M nanti.
"Kalau boleh kita tidak mahu situasi itu berlaku. Kita nak lahirkan lebih ramai bakat tempatan sama yang dilakukan satu ketika dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Malaysia
#pasukan tarik diri
#Reduan Abdullah
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan