awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor bermula Khamis ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan kelas pertama bagi pemenang emas Sukan Asia Hangzhou 2022

Bernama
Bernama
25/07/2023
23:10 MYT
Penerbangan kelas pertama bagi pemenang emas Sukan Asia Hangzhou 2022
Kim Fatt berkata Malaysia akan menghantar seramai 401 orang melibatkan 293 atlet dan 108 pegawai dalam 23 jenis sukan yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bermula September ini, akan diberi insentif pulang ke tanah air dengan penerbangan kelas pertama bersama China Eastern Airlines.
Ketua kontinjen negara ke Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt, berkata penyediaan penerbangan kategori kelas pertama pulang ke tanah air adalah antara insentif sedang diusahakan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai menghargai kejayaan atlet negara.
"Kita berjaya menjalin kerjasama dengan China Eastern Airlines yang mempunyai penerbangan secara terus ke Hangzhou. Mereka menawarkan tawaran eksklusif jika atlet negara meraih pingat emas, tempat duduk mereka dinaik taraf kepada kelas pertama tanpa kos tambahan.
"Ini adalah inisiatif bagi menggalakkan atlet kita menampilkan prestasi terbaik di Hangzhou dan yang penting, tawaran itu datang daripada syarikat swasta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan ke temasya itu di Wisma MOM, di sini, semalam.
Kim Fatt, yang juga Naib Presiden MOM, berkata Malaysia akan menghantar seramai 401 orang melibatkan 293 atlet dan 108 pegawai dalam 23 jenis sukan yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
"Seramai 293 atlet yang terdiri daripada 117 di bawah kategori A manakala 176 di bawah kategori B disahkan akan ke Hangzhou nanti," katanya.
Kim Fatt dalam masa sama berkata satu bengkel penetapan sasaran Sukan Asia 2022 Hangzhou akan diadakan pada 22 Ogos depan.
Pada temasya sama edisi 2018 di Jakarta, kontinjen Malaysia meraih tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa, sementara pencapaian terbaik negara di temasya itu adalah pada 2010 di Guangzhou, China, dengan membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chong Kim Fatt
#penerbangan kelas pertama
#pingat emas
#Sukan Asia Hangzhou 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan