awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi

Bernama
Bernama
10/07/2024
14:35 MYT
Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi
Fahmi telah sampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung kelab KL City namun terdapat beberapa perkara asas masih belum diselesaikan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penaung Kelab Kuala Lumpur City (KL City) Fahmi Fadzil meminta pihak pengurusan kelab berkenaan bersikap adil kepada pemain dalam menyelesaikan masalah tunggakan gaji.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau telah cuba membantu dan menyampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung kelab bola sepak itu Nokman Mustaffa namun terdapat beberapa perkara asas masih belum diselesaikan.
"Pengurusan mesti bersih. Saya bukan sebahagian daripada majlis eksekutif, saya hanya penaung dan saya hanya membantu tetapi sukar untuk dibantu kalau banyak perkara asas KL City belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas program sumbangan topi keledar percuma kepada 150 murid Sekolah Rendah Bangsar, di sini hari ini.
Beliau turut meminta pengurusan KL City untuk melaksanakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada masa akan datang bagi menyelesaikan isu yang terpalit berkaitan kelab bola sepak itu.
"Saya cuba bantu dan saya simpati terhadap pemain KL City. Saya telah berjumpa dengan pemain-pemain (KL City) di dalam bilik persalinan untuk membantu mereka, pada saat-saat mereka hampir relegated dan tidak dibenarkan ambil pemain import," katanya.
Sebelum ini, kem KL City menjadi topik hangat peminat sukan apabila kapten pasukan City Boys Paulo Josue mendedahkan beliau tidak menerima gaji hampir tujuh bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KL City
#Fahmi Fadzil
#tunggakan gaji
#Kelab Bola Sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan