awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
Korea Selatan dilanda gelombang sejuk melampau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peninju Amerika maut dalam pertarungan kalah mati

Agensi
Agensi
17/10/2019
06:00 MYT
Peninju Amerika maut dalam pertarungan kalah mati
Day (kanan) meninggal susulan kecederaan otak serius yang dialami ketika pertarungannya Ahad lalu, di mana dia tewas secara kalah mati (KO) kepada Charles Conwell pada pusingan ke-10. - Foto Agensi
Peninju Amerika Syarikat (AS) Patrick Day meninggal dunia susulan kecederaan otak serius yang dialami ketika pertarungan Ahad lalu.
Dalam pertarungan itu, Day, 27 tahun, tewas secara kalah mati (KO) kepada Charles Conwell pada pusingan ke-10.
Day diusung ke hospital selepas Conwell menumbuknya bertubi-tubi hingga menyebabkannya tidak bergerak di atas pentas pertarungan.
Akibat kecederaan dialami, Day, koma selama empat hari.
Walaupun telah menjalani pembedahan otak kecemasan di Northwestern Memorial Hospital, namun doktor gagal menyelamatkan nyawa peninju kategori junior 'middleweight' itu.
“Patrick Day meninggal dunia hari ini, 16 Oktober (semalam) 2019, selepas menderita kecederaan otak serius ketika bertarung pada Sabtu, 12 Oktober di Wintrust Arena in Chicago, IL,” kata promoternya Lou DiBella dalam satu kenyataan.
Dia ditemani keluarga, teman rapat dan rakan pasukan tinju, termasuk mentor, rakan dan jurulatih Joe Higgins.
“Bagi pihak keluarga Patrick Day, pasukan dan mereka yang rapat dengannya, kami berterima kasih atas doa, kata-kata sokongan dan kasih sayang terhadap Pat terutama sejak kecederaannya,” katanya. Day dibawa ke haspital selepas tumpas pada pusingan ke-10 bertarung dengan Charles Conwell. - Foto Agensi
Day dibawa ke haspital selepas tumpas pada pusingan ke-10 bertarung dengan Charles Conwell. - Foto Agensi
Sebelum bergelar peninju profesional pada 2013, Day adalah peninju amatur berbakat dan menjuarai dua kejohanan kebangsaan.
Kematian Day menyusul selepas peninju super lightweight dari Argentina Hugo Santillan, 23 tahun, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan di gelanggang dan peninju Russia Maxim, 28 tahun, yang meninggal dunia dua hari sebelum itu kerana kecederaan otak ketika bertarung.
Dalam pada itu, DiBella berharap, kematian tragis itu akan mendorong pihak berkuasa AS untuk menerima pakai standard keselamatan yang bersesuaian dan sewajarnya dan membuat peninju mengambil bahagian lebih selamat.
Topic Berkaitan
#Charles Conwell
#Hugo Santillan
#keselamatan
#meninggal dunia
#middleweight
#Northwestern Memorial Hospital
#Patrick Day
#Russia Maxim
#sukan tinju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan