awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Chelsea, Man City ganas dilarang hadir Piala Dunia Kelab

Bernama
Bernama
02/04/2025
23:40 MYT
Penyokong Chelsea, Man City ganas dilarang hadir Piala Dunia Kelab
Piala Dunia Kelab kali ini bakal menyaksikan perubahan format baharu yang kali pertama diperkenalkan FIFA, dengan 32 kelab bertanding. - Foto Instagram/FIFA Club World Cup
ANKARA: Kira-kira 150 penyokong Chelsea dan Manchester City yang sebelum ini dikenakan Perintah Larangan Bola Sepak tidak dibenarkan menghadiri Piala Dunia Kelab FIFA 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media Britain.
Menurut undang-undang baharu yang berkuat kuasa pada Rabu, mana-mana penyokong yang terlibat perlu menyerahkan dokumen perjalanan mereka termasuk pasport, atau berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tanpa had.
Piala Dunia Kelab kali ini bakal menyaksikan perubahan format baharu yang kali pertama diperkenalkan FIFA, dengan 32 kelab bertanding.
Pasukan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan dan hanya akan bermain satu perlawanan dalam peringkat kumpulan.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya yang menggunakan format kalah mati.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$125 juta, manakala jumlah keseluruhan hadiah yang bakal diagihkan kepada 32 pasukan bertanding mencecah AS$1 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Kelab FIFA 2025
#penyokong ganas
#perintah larangan
#undang-undang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan