awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pepe mohon maaf insiden kad merah lawan Leeds United

Astro Arena
Astro Arena
24/11/2020
02:30 MYT
Pepe mohon maaf insiden kad merah lawan Leeds United
Nicolas Pepe diberikan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Arsenal di Stadium Elland Road, Leeds, England, 22 Nov, 2020. (Foto AP)
NICOLAS Pepe berkata dia benar-benar memohon maaf selepas dilayangkan kad merah ketika Arsenal terikat 0-0 dengan Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu dilayangkan kad merah pada minit ke-51 di Elland Road selepas didapati menanduk Ezgjan Alioski.
Pepe dan Alioski, kedua-duanya menerima mesej kecaman dalam media sosial susulan insiden tanpa bola itu, yang kemudiannya turut menerima kritikan daripada pemain kedua-dua kelab berkenaan.
Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, menyifatkan apa yang dilakukan oleh pemain sayap itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan pemain kebangsaan Ivory Coast berkenaan kini melakukan permohonan maaf dalam media sosial susulan kelakuannya.
"Semalam saya telah menyusahkan pasukan saya pada waktu yang genting dalam perlawanan dan saya tiada alasan terhadap kelakuan saya itu," tulis Pepe dalam Instagram.
"Saya benar-benar memohon maaf dan mahu meminta ampun kepada semua penyokong, rakan sepasukan, jurulatih dan semua di kelab ini."
via nicolas.pepe19 on IG pic.twitter.com/nWMhlcPHpn
— Arsenal (@Arsenal) November 23, 2020
Pepe bergelut dalam saingan musim ini dengan perlawanan menentang Leeds itu merupakan hanya kali kedua dia memulakan perlawanan EPL.
Dia hanya dapat menjaringkan satu gol dan mencipta dua peluang buat rakan sepasukannya biarpun salah satu daripadanya berkesudahan sebagai jaringan.
Topic Berkaitan
#Nicolas Pepe
#kad merah
#Maaf
#mohon maaf
#Arsenal
#Leeds United
#EPL
#kecaman
#kritikan
#media sosial
#Ezgjan Alioski
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan