IPOH: Perak FC melalui persetujuan ahli lembaga pengarah kelab telah melantik bekas Pengurus Perak FC II, Azman Noh sebagai Pengurus Besar Perak FC berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Khairul Shahril Mohamed berkata bidang tugas Azman itu akan terarah kepada segala perkara melibatkan pengurusan kelab sepertimana tanggungjawab digalas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terdahulu.
"Kami mengambil contoh Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Negeri Sembilan yang dilihat mereka tiada CEO tapi mereka ada pengurus besar untuk menguruskan pasukan.
"Bagi kami, Azman akan membantu untuk menjalankan tanggungjawab sepertimana CEO dahulu dibantu oleh pihak pengurusan Perak FC itu sendiri dalam menguruskan perjalanan kelab," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Jalur Gemilang Negeri Perak 2021 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Dilapor pada 15 Julai lalu, Khairul Shahril menegaskan Perak FC belum memutuskan untuk melantik mana-mana individu menyandang jawatan CEO baharu kelab bagi menggantikan Rizal Ali Naizali yang meletakkan jawatan pada Jun lepas.
Selain itu, beliau berkata, pelantikan Azman itu juga dibuat berdasarkan hubungan rapat yang terjalin antara Presiden Bola Sepak Daerah Manjung terbabit dengan semua pemain Perak FC.
"Jadi, saya minta dia dalam tempoh terdekat ini untuk perhalusi apa yang boleh kami laksanakan secara bersama dan memberi kesan yang positif kepada pasukan," katanya.
Mengulas tentang prestasi Perak FC pada ketika ini, katanya, beliau mengakui agak kecewa dengan persembahan yang ditampilkan oleh pasukan setelah melalui tiga perlawanan dalam aksi Liga Super.
Ditanya kemungkinan berlaku rombakan pasukan terutama membabitkan staf kejurulatihan pasukan, Khairul Shahril berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kelab untuk menetapkannya.
Terdahulu di majlis itu, Khairul Shahril berkata sebanyak 10,000 Jalur Gemilang akan diedarkan kepada orang ramai termasuk di laluan pandu lalu pusat pemberian vaksin (PPV) dan Sekatan Jalan Raya (SJR) setiap daerah di seluruh negeri.
Program berkenaan juga dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Perak dengan kerjasama kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan beberapa agensi lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021
Perak FC melantik bekas Pengurus Perak FC II, Azman Noh sebagai Pengurus Besar Perak FC.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Aliff Izwan wira Selangor atasi Kedah di Alor Setar
Skuad Gergasi Merah tampil dengan aksi bertenaga tetapi menerima tentangan sengit pasukan tuan rumah.
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.