PERAK muncul sebagai juara Piala Malaysia 2018, selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam, malam ini.
Separuh masa pertama menyaksikan TFC mendahului Perak dengan 2-0, manakala masa penuh pula menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.
Perak berjaya mengikat kedudukan 3-3 apabila Igor Zonjic tertampan ke gol sendiri pada minit ke-120 masa tambahan.
Permainan kemudiannya dibawa ke penentuan penalti yang seterusnya memberi kemenangan kepada Perak apabila penjaga golnya Muhammad Hafizul Hakim Jothy berjaya menyelamatkan dua sepakan.
Kali terakhir Perak merangkul Piala Malaysia adalah pada tahun 2000, selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di stadium sama.
Ini merupakan kali kelapan pasukan itu menjulang Piala Malaysia.
Bagi Terengganu pula, kali terakhir pasukan itu muncul juara ialah pada tahun 2001.
Penjaring:
Terengganu FC: Brice Hermann Tchetche Kipre (minit pertama dan ke-41), Mohd Faiz Mohd Nasir (minit ke-96)
Perak: Muhammad Firdaus Saiyadi (minit ke-46), Brendan Gan Seng Ling (minit ke-91), Igor Zonjic (gol sendiri - minit ke-120)
TFC menerusi penyerang berbisa mereka, Kipre Tchetche terlebih dahulu menceriakan penyokong skuad Penyu apabila bijak menyudahkan peluang terhidang seawal 48 saat selepas wisel pertama dibunyikan pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman.
Ia hasil kesilapan pertahanan Perak, Mohamad Idris Ahmad, yang cuai ketika melakukan hantaran ke belakang.
Perlawanan berlangsung dalam keadaan sangat agresif, ditambah pula dengan keputusan pengadil yang banyak memberi 'kelebihan', ia membuka deretan peluang bagi kedua-dua pasukan memburu jaringan.
Di hujung babak pertama, kesilapan barisan pertahanan Perak yang gopoh mengeluarkan bola memakan diri apabila pemain tengah TFC, Abdul Malik Mat Arif berjaya memintas dan melakukan umpanan kepada Kipre yang cemerlang, menyempurnakan jaringan kedua TFC untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan kebangkitan barisan anak buah Mehmet Durakovic yang tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-46.
Selepas jaringan itu, perlawanan disaksikan 78,783 penonton itu menjadi lebih tegang dengan beberapa insiden terjahan keras dan pergaduhan kecil serta dicemari dengan dua layangan kad merah, masing-masing kepada penyerang Perak Gilmar da Silva (minit ke-58) dan pemain tengah TFC, Lee Andrew Tuck (minit ke-66).
Ketika penyokong TFC sedang melonjak gembira untuk meraikan kemenangan, hasil usaha keras dan semangat juang tinggi, skuad The Bos Gaurus berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada masa kecederaan di separuh masa kedua.
Ia menerusi rembatan padu Brendan Gan, mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Pada masa tambahan, TFC berjaya menyumbat gol menerusi Mohd Faiz pada minit ke-96 namun jaringan sendiri pemain Terengganu, Igor Zonjic, pada minit terakhir permainan memaksa juara ditentukan melalui sepakan penalti.
Haider Yutim
Sat Oct 27 2018
Pemain Terengganu, Kipre Tchetche (tengah) cuba melepasi dari pemain Perak Shahrul Mohd Saad (kanan) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, malam ini. - Foto BERNAMA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.
Pearly-Thinaah terlepas gelaran juara Terbuka Hong Kong
Impian Pearly Tan-M Thinaah untuk merangkul gelaran pertama pada tahun ini tidak kesampaian setelah tewas kepada pasangan Indonesia.
Kekecohan selepas final Piala AFC: KLFA buat laporan polis
KLFA membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.
Zii jia, Aaron-Wooi Yik ke pentas final Kejohanan Badminton Asia
Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa petang ini, Zii Jia hanya memerlukan 36 minit untuk mengetepikan cabaran Hong Yang, dengan keputusan 21-11, 21-19.
Skuasy: Malaysia rampas gelaran Juara Berpasukan Asia daripada Hong Kong
Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.
Pengadil Malaysia dilantik mengadili aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai
Kualiti pegawai perlawanan dari Malaysia dilihat menerima pengiktirafan antarabangsa apabila Suhaimi Mat Hassan dilantik sebagai pengadil utama bagi aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021.
Piala FA: Sepakan penalti 2010 jadi igauan Baddrol
Baddrol mengakui stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu bukanlah satu gelanggang bertuah buat dirinya.
Perak juara Piala Malaysia 2018
Perak muncul sebagai juara Piala Malaysia 2018, selepas menewaskan Terengganu FC menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam, malam ini.