Juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, Perak meraih slot terakhir ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan PKNS FC 2-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad 'Bos Gaurus' mara ke pusingan empat terakhir dengan agregat 2-0, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama di Stadium Perak, Selasa lepas.
Pemain import dari Brazil, Wander Luiz menjadi wira pasukan apabila menjaringkan kedua-dua gol itu pada minit ke-23 dan 57 untuk bertemu Sabah pada separuh akhir.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic yang turun ke Shah Alam dengan misi untuk menamatkan badi menentang PKNS FC, bermula garang apabila melakukan beberapa percubaan berbahaya ke gawang lawan yang di kawal oleh Muhammad Zarif Irfan.
Gol pertama Perak hadir apabila Luiz, yang tidak dikawal, bijak melakukan rembatan kencang menewaskan Muhammad Zarif selepas menerima umpanan daripada Nor Hakim Hassan.
Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bermula garang dengan saling berbalas serangan.
Bbagaimanapun gerakan PKNS FC di barisan depan mudah dipatahkan oleh benteng pertahanan Perak yang diketuai oleh Shahrul Saad.
Perak kemudian membalas serangan dengan satu gerakan pantas dan Luiz yang menerima hantaran daripada Firdaus Saiyadi melakukan tandukan kencang menewaskan Muhammad Zarif buat kali kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018

Pemain PKNS FC Bruno Oliveira De Matos (kanan) disasak pemain Perak Mohammad Idris Ahmad (kiri) dalam perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

PKPD Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Serian bermula esok
KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

Polis Terengganu sasar pemilik motosikal ubah suai ekzos bising
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang dikesan melakukan kesalahan itu.

Tumpuan AWANI 7:45 - Nafi mesej tular | Gelombang haba tahap kuning
Parti Pribumi Bersatu Malaysia nafi penyebaran maklumat intipati mesyuarat parti itu yang mendakwa PRU-15 bakal diadakan antara Jun dan Julai tahun ini & Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia rekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.

06 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Sabah tumpu aspek keselamatan tingkat industri pelancongan
Datuk Jafry Arrifin, berkata perkara tersebut penting bagi memberi keyakinan kepada para pelancong.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.

Bahang makin terasa, Liga M buka tirai hari ini
Perlawanan pertama yang bakal mengambil tempat ialah aksi Piala Sumbangsih apabila JDT menentang Kedah Darul Aman FC.

Piala Sumbangsih: PM ucap selamat maju jaya kepada JDT, KDA FC
Muhyiddin turut mengucapkan selamat kepada semua pasukan yang terbabit dalam Liga Super dan Liga Perdana yang akan bermula Sabtu ini.

Isaac Angking terima panggilan Puerto Rico, mungkin tidak layak wakili Malaysia
Angking disebut-sebut sebagai pemain kacukan yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya.

Pirlo yakin Juve mampu cabar Scudetto selepas Ronaldo pahat sejarah
Ronaldo menyumbat masuk gol ketiga Juventus selepas Alvaro Morata dan Federico Chiesa meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan dalam babak kedua.

Legenda bola sepak Pele terima suntikan pertama vaksin COVID-19
Pemain bola sepak terkenal berusia 80 tahun itu berkongsi perkara tersebut di saluran media sosialnya.

Liga-M masih mempunyai nilai tinggi - Pemerhati sukan
Ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

TMJ beri bayangan ambil alih Valencia
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.