awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain

Bernama
Bernama
18/08/2023
21:10 MYT
Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
BAM harap semua pihak wajar menghentikan isu peraturan pakaian pemain dan sebaliknya memberi tumpuan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan sekeras-kerasnya komen bekas pemain negara berhubung peraturan pemakaian yang tidak boleh digunakan pemain profesional semasa latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini.
Timbalan Presiden 1 BAM, Datuk V. Subramaniam, berkata peraturan untuk pemain profesional tidak memakai pakaian selain jenama daripada penaja BAM bagi menjalani latihan di ABM sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Menurutnya, peraturan pemakaian ini bukan sesuatu yang baharu, malah pemain profesional yang melakukan persiapan dan berlatih bersama pemain kebangsaan bagi menghadapi kejohanan berpasukan sebelum ini mematuhi peraturan ini.
"Ia sesuatu yang mengejutkan apabila beberapa bekas pemain memilih untuk menjadikan ia sebagai satu isu sekarang ini," katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau menjelaskan bahawa adalah menjadi obligasi kontrak untuk hanya menggunakan pakaian penaja di ABM.
"Sekiranya BAM gagal mematuhi obligasi ini, ia jelas melanggar kontrak dan boleh memberi implikasi kewangan.
"Jika BAM terjejas dari segi kewangan, ia boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyokong pemain di akademi. Kami hanya meminta barisan pemain profesional memastikan pakaian mereka bebas daripada jenama pesaing (di BAM). Pakaian biasa tanpa jenama pesaing tidak menjadi isu," katanya.
Subramaniam berkata peraturan itu hanya untuk pakaian dan pemain profesional dibenarkan menggunakan raket dan kasut daripada jenama penaja masing-masing apabila berlatih di ABM.
Justeru, beliau berharap semua pihak termasuk pemain wajar menghentikan isu tersebut dan sebaliknya memberi tumpuan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, yang berlangsung selama seminggu, mulai Isnin ini.
Pada Khamis, bekas pemain perseorangan negara, Roslin Hashim berkata beliau difahamkan peraturan tersebut masih baharu memandangkan tiada isu timbul bersama pemain profesional yang menjalani latihan bersama BAM sebelum ini.
Beliau mengulas komen jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng, kelmarin, dengan mendakwa seperti dibuli 'orang besar' selepas BAM mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di ABM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#peraturan pakaian pemain profesional
#Akademi Badminton Malaysia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan