awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harimau Malaya di ambang kepupusan
Peguam didakwa subahat edar, miliki dadah di lokap mahkamah
Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Lumba Basikal Terengganu uji 10 pelumba wanita

Bernama
Bernama
02/11/2012
10:05 MYT
Persatuan Lumba Basikal Terengganu uji 10 pelumba wanita
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan menguji 10 pelumba berbasikal wanitanya dalam berbaki dua kejohanan yang diatur persatuan itu hujung tahun ini.
Ketua jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata ia sebagai pendedahan awal untuk memilih pelumba mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis.
Semua pelumba wanita itu yang diletakkan di bawah projek Sukma, akan diuji pada Kejohanan Berbasikal Trek Sportexcel di Kuala Lumpur bulan ini dan Kejohanan Grand Prix (GP) Series Sirkit ke-5 di Melaka pada hujung Disember.
"Setakat ini kami ada lapan muka baharu pelumba wanita yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Lima daripada mereka berada di Kemaman dan dilatih Ahmad Musa, bekas pelumba berbasikal Terengganu manakala tiga lagi di Kuala Terengganu yang dilatih saya sendiri," katanya.
Katanya dua lagi pelumba sedia ada yang akan bersama lapan pelapis itu ialah Nurul Shuhada Zainal dan Umi Hamimah Ahmad, masing-masing pemenang pingat emas acara lebuh raya dan trek.
Topic Berkaitan
#basikal
#PLBT
#SUKMA
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan