KUALA LUMPUR: Persediaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 berada pada landasan tepat apabila 95 peratus venue sudah bersiap sedia untuk menganjurkan temasya itu bermula 16 hingga 24 September depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias berkata, pada masa ini hanya tinggal sedikit kerja penambahbaikan yang perlu diselesaikan menjelang 27 hari sebelum temasya itu membuka tirai.
"Hanya beberapa kerja menaik taraf dan penambahbaikan dari sudut hiasan yang perlu dibuat, itu pun tidak melibatkan banyak venue. Selainnya kita bersedia selepas mendapat kerjasama daripada kementerian lain dan pihak berkuasa tempatan.
"Kebanyakan venue dimiliki MSN sendiri dan kerajaan negeri, jadi tidak melibatkan banyak perbelanjaan. Kita nak pastikan Sukma ini dapat dilaksanakan dengan perbelanjaan minimum, jadi ini akan meningkatkan minat negeri untuk menganjurkan Sukma," katanya ketika ditemui pada majlis undian sukan berpasukan Sukma di MSN hari ini.
Kebanyakan venue bagi edisi ke-20 Sukma melibatkan empat zon sekitar Lembah Klang - Kuala Lumpur, Bangi (termasuk Nilai dan Putrajaya), Bukit Jalil dan Shah Alam - manakala hanya pelayaran dianjurkan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
Menurut jadual semasa, majlis perasmian pembukaan dan penutup akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi masing-masing pada 17 dan 24 September.
Sementara itu, Pengarah MSN Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya berkata secara puratanya, 90 peratus kontinjen negeri berkenaan telah bersedia untuk mencapai sasaran mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang dimenangi ketika kali terakhir Sukma dianjurkan di Perak pada 2018.
"Kami masih di peringkat akhir untuk menentukan berapa sasaran pingat terakhir kami pada kali ini, namun tiga sukan diharapkan menjadi lubuk emas, iaitu berbasikal dengan sememangnya Terengganu dikenali sebagai land of cyclists, serta perahu layar dan judo," katanya.
Beliau turut menjelaskan kontinjen itu telah kehilangan tiga emas menerusi acara 100m, 200m dan 4x100m wanita apabila ratu pecutnya, Azreen Nabila Alias tidak layak beraksi di edisi kali ini kerana telah beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Negeri dari Pantai Timur itu pernah merangkul gelaran juara keseluruhan Sukma sebanyak lima kali, apabila turut pernah menamatkan saingan di kedudukan pertama pada edisi 2008 di Kuala Terengganu, Melaka (2010), Pahang (2011) dan Kuala Lumpur (2012).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Menurut Suhardi, pada masa ini hanya tinggal sedikit kerja penambahbaikan yang perlu diselesaikan menjelang 27 hari sebelum temasya itu membuka tirai. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Persediaan venue Sukma cecah 95 peratus - MSN
Pada masa ini hanya tinggal sedikit kerja penambahbaikan yang perlu diselesaikan menjelang 27 hari sebelum temasya itu membuka tirai.