SUKAN
Petarung Dagestan terselamat selepas kena lima das tembakan

Khizriev yang memiliki rekod 18-0 dan baru memenangi gelaran PFL pada November 2024, kini berehat daripada latihan. - Stadium Astro
JUARA kelas featherweight Liga Pejuang Profesional (PFL) Rusia, Timur Khizriev, terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penyerang bertopeng yang melancarkan serangan hendap ketika dia keluar dari keretanya di Makhachkala, kelmarin.
Ringkasan AI
- Diserang secara hendap: Timur Khizriev, juara PFL yang tidak pernah tewas, ditembak lima kali oleh dua lelaki bertopeng menggunakan pistol traumatik ketika keluar dari keretanya di Makhachkala, Dagestan pada 15 Julai.
- Cedera tetapi stabil: Walaupun mengalami kecederaan di bahu, tangan dan dada, Khizriev sempat melawan salah seorang penyerang dan melarikan diri; beliau kini dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
- Masa depan dalam PFL tergantung: Khizriev yang memiliki rekod 18-0 dan baru memenangi gelaran PFL pada November 2024, kini berehat daripada latihan dan belum pasti bila akan kembali bertanding
Khizriev, bagaimanapun dapat melarikan diri dari tempat kejadian, dengan video menunjukkan dia melompat ke atas kereta untuk melarikan diri.
Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pembedahan, di sebalik kecederaan teruk di bahu, tangan dan dadanya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami