KUALA LUMPUR: Sabah FC mengesahkan slot pusingan kalah mati saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas menewaskan wakil Singapura, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Pada aksi Kumpulan H itu, tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki pemain pertahanan Hougang, Naoki Kuriyama yang mahu mengeluarkan bola pada minit ke-16.
Bagaimanapun, keadaan hujan lebat berserta petir memaksa perlawanan yang bermula pada 8 malam itu dihentikan lebih 30 minit.
Sebaik permainan dimulakan semula, skuad Sang Badak terus mendahului permainan 2-0 apabila giliran Darren Lok mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.
Bersambung babak kedua, hantaran lintang Miguel Angel Garrido Cifuentes ke dalam kotak penalti yang mahu ditanduk keluar pemain pertahanan Hougang, melambung ke atas sebelum Ramon Machado bijak mengambil kesempatan merembat padu menerjah gawang Hougang pada minit ke-50 untuk gol ketiga Sabah.
Hougang terus dirundung malang sekali gus menggembirakan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang meraih gol keempat apabila Anders Aplin menjaringkan sendiri pada minit ke-77.
Memasuki masa kecederaan, pasukan tuan rumah memperoleh gol sagu hati menerusi Gabriel Quak sebelum wisel penamat ditiup.
Keputusan diraih di Singapura itu menyaksikan Sabah selesa menerajui Kumpulan H dengan 12 mata, berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan dan akan berdepan wakil Indonesia PSM Makassar pada 14 Dis ini.
Saingan Kumpulan H dalam masa sama menyaksikan wakil Vietnam Hai Phong FC dan PSM Makassar masing-masing berkongsi tujuh mata di kedudukan kedua dan ketiga kumpulan selepas terikat seri 1-1 dalam satu lagi aksi berlangsung malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Aksi pemain Sabah FC selepas berjaya menewaskan Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. - Foto Facebook Sabah FC
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
Piala AFC: Hai Phong FC calar rekod Sabah
Hasrat Sabah untuk bangkit pada separuh masa kedua untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian.