awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Kuasai bahagian tengah elak rempuhan Gajah Perang - Safiq

Astro Arena
Astro Arena
20/12/2014
06:05 MYT
Piala AFF: Kuasai bahagian tengah elak rempuhan Gajah Perang - Safiq
SAFIQ: "Kami akan menggunakan setiap peluang yang kami miliki dan cuba mengelak daripada membuat kesilapan. - Gambar Fail
Dua jaringan Thailand meletakkan mereka selangkah lebih hampir untuk menjulang piala tahun ini, namun perancang Harimau Malaya Safiq Rahim yakin mereka mampu berikan kejutan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti.
Pemain berusia 28 tahun akur dengan rentak permainan Thailand yang lebih kemas pada perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala namun Malaysia perlu mengambil peluang beraksi di laman sendiri dan terus mendapatkan kemenangan Piala Suzuki AFF tahun ini.
"Kami akan menggunakan setiap peluang yang kami miliki dan cuba mengelak daripada membuat kesilapan," ujar Safiq.
Pemain Johor Darul Ta'zim itu juga berkata pengawalan bola di bahagian tengah juga penting bagi mengelak kemaraan jentera serangan skuad Gajah Perang itu.
"Kawalan bola sangat penting buat kami pada perlawanan ini untuk memastikan Thailand buntu menembusi bahagian pertahanan kami."
Safiq Rahim kini bersama Lee Cong Vinh berpeluang memenangi kasut emas kejohanan selepas berjaya mencetak empat gol namun pemain berasal dari Kuala Selangor itu tidak mahu memikirkan anugerah individu.
"Objektif utama saya adalah membantu pasukan ini di perlawanan ini, selain daripada itu saya anggap habuan buat diri saya. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dollah Salleh
#harimau Malaya
#Malaysia
#Piala AFF
#Safiq Rahim
#Singapura
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan