KUALA LUMPUR: Juara edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura apabila terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini, untuk layak ke separuh akhir.
Keputusan itu menyaksikan Singapura kini mengumpul tujuh mata dan merampas tempat kedua dari Malaysia yang turun ke tempat ketiga dengan enam mata manakala Vietnam yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan kekal memimpin kumpulan dengan tujuh mata.
Biarpun mendominasi lebih 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama, jentera serangan Vietnam dilihat tumpul seterusnya gagal merobek kubu pertahanan tuan rumah, dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-17 menerusi Vu Van Thanh namun dinafikan penjaga gol veteran tuan rumah, Hassan Sunny.
Singapura yang kadang-kala cuba menyelinap masuk ke kawasan Vietnam pula berpeluang menjaringkan gol namun sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti oleh penyerang muda, Ilhan Fandi pula melambung tinggi pada minit ke-26.
Aksi hambar yang disajikan kedua-dua pasukan pada babak kedua pula menyaksikan Vietnam nyaris memecah kebuntuan namun sepakan padu oleh pemain tengah, Nguyen Hoang Duc, hanya singgah di tiang kanan gol pada minit ke-84 dan keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, gol pada waktu kecederaan oleh Maung Lwin menyelamatkan Myanmar apabila berkongsi mata dengan Laos selepas terikat 2-2 di Stadium Thuwunna, Yangon.
Laos terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila tonggak tengah, Sukaphon Vongchiengkham membuka tirai jaringan pada minit ke-12 namun kedudukan itu hanya bertahan dua minit selepas tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Kyaw Min Oo.
Walau bagaimanapun, penyerang Ekkamai Ratxachak kembali meletakkan pelawat di depan seminit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum mereka dikecewakan dengan jaringan minit akhir oleh Lwin.
Myanmar yang akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, menentang Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat dengan satu mata manakala Laos menutup kempen mereka di tangga tercorot, juga dengan satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon (kiri) memantau sesi latihan rasmi di Wisma FAM. - Foto BERNAMA
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.