KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini.
Selain Piala AFF, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata aksi antarabangsa Tier 1, bertemu Kemboja pada 9 Disember sebagai persiapan pasukan kendalian Kim Pan Gon menjelang pertandingan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu, akan turut berlangsung di stadium kebanggaan Malaysia itu.
Justeru, Noor Azman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan pihaknya, untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'Home of Harimau Malaya' bagi saingan Piala AFF 2022.
"Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.
"Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam diikuti Singapura, Myanmar dan Laos dalam saingan yang berlangsung sehingga 16 Januari tahun depan.
Bagi saingan kali ini, pasukan kebangsaan akan menjadi hos kepada perlawanan melibatkan Laos pada 24 Dis dan Singapura pada 3 Januari 2023.
Harimau Malaya juga berpeluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya mereka layak ke separuh akhir, yang dijalankan secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 serta 9 atau 10 Januari 2023.
Malaysia hanya sekali memenangi saingan Piala AFF pada edisi 2010, sejak kejohanan dwitahunan itu bermula pada 1996 dan muncul naib juara pada 1996, 2014 dan 2018.
Thailand muncul pasukan paling berjaya dengan enam kejuaraan (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) diikuti Singapura dengan empat kejuaraan (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam (2008 dan 2018).
Dalam pada itu, Noor Azman turut memaklumkan satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 di antara Malaysia dan Maldives, akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'Home of Harimau Malaya' bagi saingan Piala AFF 2022. - Bernama
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.