awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri

Bernama
Bernama
26/11/2024
23:30 MYT
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Malayan Tigress akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada 29 Nov ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Jaringan Claudia Scheunemann pada minit ke-79 menyaksikan skuad Malayan Tigresss terpaksa akur memulakan kempen Piala AFF Wanita 2024 dengan langkah kiri selepas tewas 0-1 kepada Indonesia di Stadium Nasional KM16, Vientiane, Laos semalam.
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi yang diundi dalam Kumpulan B itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat (29 Nov) ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Berdasarkan format perlawanan membabitkan enam pasukan, saingan kumpulan akan berlangsung secara liga sepusingan dengan dua pasukan teratas layak ke separuh akhir pada 2 Dis.
Seterusnya, dua pasukan yang menang akan bertemu di final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi diperlawanan penentuan tempat ketiga pada 5 Dis.
Sebelum kejohanan bermula, Soleen optimis skuad bola sepak wanita negara itu mampu merebut kejuaraan berbekalkan pengalaman pemain utama yang telah menempuh musim kompetitif panjang melalui Liga Wanita Nasional (LWN), Sukan Malaysia (SUKMA), serta perlawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala AFF Wanita
#Malayan Tigress
#Soleen Al-Zoubi
#bola sepak wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan