awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia FIFA: Qatar lancar perkampungan peminat

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2022
23:15 MYT
Piala Dunia FIFA: Qatar lancar perkampungan peminat
Pekerja sedang menyiapkan pembinaan perkampungan peminat menjelang Piala Dunia di Doha, Qatar, 9 Nov 2022. REUTERS
QATAR pada Rabu melancarkan sebuah perkampungan dengan 6,000 kabin di lot terpencil berhampiran lapangan terbang, bagi penginapan peminat menjelang Piala Dunia yang akan bermula 20 Nov ini.
Kabin itu dibina di atas tapak seluas 3.1 kilometer persegi, menempatkan stesen metro, perhentian bas, restoran dan kedai serbaneka.
Berdasarkan teori, kawasan itu boleh menampung sehingga 12,000 orang jika ditempah mengikut kapasiti.
Ketua penginapan di Jawatankuasa Tertinggi Qatar, Omar al-Jaber berkata, kabin itu membentuk "kira-kira 24 peratus" daripada jumlah tempahan.
Menurut penganjur, peminat setakat ini telah menempah penginapan di lebih 90,000 bilik, khemah, apartment, villa dan kabin bergerak pada setiap hari puncak Piala Dunia Qatar.
Tempat duduk disusun di salah satu kawasan di perkampungan peminat Piala Dunia Qatar. - Foto REUTERS
Tempat duduk disusun di salah satu kawasan di perkampungan peminat Piala Dunia Qatar. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 25,000 bilik lagi masih sedia menerima tempahan.
"Tempahan masih dibuka dan peminat punya cukup masa untuk memilih dan membuat keputusan," kata Omar.
Kabin itu berwarna terang dengan dinding nipis, direka untuk memuatkan satu atau dua penghuni, dengan katil berkembar, meja dan kerusi kecil, penghawa dingin, tandas dan pancuran mandian di dalamnya.
Kabin yang berwarna terang dengan dinding nipis ini direka untuk memuatkan satu atau dua penghuni. - Foto REUTERS
Kabin yang berwarna terang dengan dinding nipis ini direka untuk memuatkan satu atau dua penghuni. - Foto REUTERS
"Selain hotel, kebanyakan peminat memilih untuk menginap di apartment dan villa," katanya, sambil menambah, kabin itu diuruskan syarikat hospitaliti Perancis, Accor.
Mereka yang mahukan penginapan bajet dijangka memilih kabin ini yang menawarkan pilihan yang lebih murah.
Setiap kabin akan dikenakan harga sekitar AS$200 satu malam.
Omar al-Jaber. Foto REUTERS
Omar al-Jaber. Foto REUTERS
Tambah Omar lagi, terdapat bilik penginapan lain yang akan ditawarkan dengan harga lebih murah, iaitu AS$80 satu malam, namun ia terletak lebih jauh daripada tapak kabin berkenaan.
Mereka yang menginap di kampung peminat boleh melakukan perjalanan ulang-alik selama 40 minit ke tapak stadium.
Piala Dunia FIFA | Qatar lancar perkampungan peminat
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#perkampungan peminat
#FIFA
#Omar al-Jaber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan