awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia FINA: Nur Dhabitah Sabri resah kecederaan berlarutan

Astro Arena
Astro Arena
03/05/2023
14:13 MYT
Piala Dunia FINA: Nur Dhabitah Sabri resah kecederaan berlarutan
Dhabitah berharap sempat sembuh sepenuhnya sebelum berlepas ke Jepun untuk pusingan di pertengahan Julai depan. - Gambar fail
PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri, yang baru sahaja sembuh daripada kecederaan lutut berlarutan kepada masalah di bahagian pergelangan tangan pula.
Situasi yang agak serius itu secara tidak langsung menyekat peluangnya beraksi dalam Piala Dunia FINA di Kanada, yang bermula Jumaat ini.
Namun, dia berharap sempat sembuh sepenuhnya sebelum berlepas ke Jepun untuk pusingan di pertengahan Julai depan.
"Permulaan tahun ini bukan yang bagus daripada saya.
"Pemulihan ini boleh sampai (memakan masa) sebulan dan mungkin lebih.
"Saya sedikit terkilan pada mulanya tetapi saya perlu dengar tubuh badan saya," katanya ketika ditemu bual di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Nur Dhabitah yang turut baru mendirikan rumah tangga bersama pelawak dan pengacara, Jiggy Masin, minggu lalu bersyukur suaminya memahami perjalanan kariernya selain menyasarkan untuk memberi lebih fokus terhadap membina keluarga selepas selesai Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya masih ada sasaran untuk tuju. Saya dan suami sudah berbincang dan dia memahami.
"Tapi kalau dapat pingat dalam Olimpik Paris, sasaran itu mungkin berubah.
"Lagipun untuk Olimpik Los Angeles, ketika itu saya sudah berumur 29 tahun dan badan saya mungkin tidak lagi mahu memberi kerjasama," katanya.
*Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Nur Dhabitah Sabri
#kecederaan
#Piala Dunia FINA
#penerjun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan