awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Maradona ragui kelayakan Argentina tanpa Messi

Astro Arena
Astro Arena
25/04/2017
03:29 MYT
Piala Dunia: Maradona ragui kelayakan Argentina tanpa Messi
MARADONA: Tanpa Messi, kelayakan adalah sesuatu yang diragukan.
Legenda Argentina, Diego Maradona, meragui sama ada negaranya boleh layak ke Piala Dunia 2018 dengan Lionel Messi digantung perlawanan.
Juara dunia dua kali berada di tangga kelima slot play-off dalam kelayakan selepas memenangi hanya enam daripada 14 perlawanan.
Messi sedang menjalani empat penggantungan perlawanan kerana menghina seorang pegawai, dan yang pertama antara perlawanan itu adalah ketika tewas 0-2 kepada Bolivia dan membawa kepada pemecatan jurulatih, Edgardo Bauza.
Maradona, juara Piala Dunia 1986, mempersoal sama ada Argentina boleh layak untuk beraksi di Rusia 2018.
"Kami digagalkan. Tanpa Messi, kelayakan adalah sesuatu yang diragukan," katanya kepada Radio Rivadavia.
Argentina masih belum melantik pengganti Bauza dan baki empat perlawanan kelayakan mereka adalah menentang Uruguay, Venezuela, Peru dan Ecuador.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Diego Maradona
#Lionel Messi
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan