awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Fernandes, Pepe hairan tindakan lantik pengadil Argentina

Astro Arena
Astro Arena
11/12/2022
05:06 MYT
Piala Dunia Qatar: Fernandes, Pepe hairan tindakan lantik pengadil Argentina
Prestasi pengadil, Facundo Tello, dikritik oleh barisan pemain Portugal selepas perlawanan sebagai berat sebelah. -Stadium Astro
DOHA: BRUNO Fernandes mengecam keputusan melantik pengadil dari Argentina dalam suku akhir Piala Dunia di antara Portugal dengan Maghribi yang menjadi punca mereka tersingkir apabila mendakwa: "Mereka jelas berat sebelah kepada pihak lawan".
Portugal terkandas di peringkat suku akhir kejohanan di Qatar itu buat pertama kali selepas lonjakan tinggi Youssef En-Nesyri dalam separuh masa pertama memastikan gol tunggal perlawanan tengah malam tadi.
BACA: Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Portugal, cipta kejutan ke separuh akhir
BACA: Piala Dunia Qatar: Aksi pemain Maghribi Achraf Hakimi kucup ibu tarik perhatian dunia
Bagaimanapun, prestasi pengadil, Facundo Tello, dikritik oleh barisan pemain Portugal selepas perlawanan itu.
Lebih-lebih lagi apabila Fernandes dinafikan sepakan penalti selepas diterjah Achraf Hakimi.
LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI
Pertahanan Pepe menyifatkan pelantikan Tello itu sebagai "tidak boleh diterima" selepas kekalahan Portugal dan Fernandes turut senada.
"Saya tidak pasti adakah mereka akan menyerahkan piala itu kepada Argentina. Saya akan menyatakan apa yang saya fikirkan dan 'lantaklah' mereka," kata Fernandes kepada pemberita di Stadium Al Thumama.
"Sangat pelik apabila pengadil dari pasukan yang masih berada dalam kejohanan ini bertindak mengadili kami. Mereka jelas berat sebelah.
"Pengadil ini tidak mengendalikan Liga Juara-Juara (UCL). Mereka tidak biasa dengan bahang perlawanan seperti ini dan rentaknya.
"Dalam babak pertama, saya jelas patut dihadiahkan sepakan penalti.
"Tidak pernah dalam hidup saya untuk membiarkan diri saya terjatuh sendiri apabila saya bersendirian dengan penjaga gol selain berpeluang melakukan rembatan ke arah gawang." -Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#pengadil Argentina
#Facundo Tello
#Portugal lawan Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan