awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Guardiola tolak peluang kendali Brazil

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2022
04:11 MYT
Piala Dunia Qatar: Guardiola tolak peluang kendali Brazil
Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pernah berunding dengan Guardiola yang sebaliknya memilih untuk melanjutkan tempohnya di Stadium Etihad sehingga 2025.- Stadium Astro
RONALDO mendedahkan Brazil cuba menawarkan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka sebelum pengurus Manchester City itu memperbaharui kontraknya dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Brazil dalam pembentukan skuad baru selepas Tite -- yang membimbing mereka ke suku akhir Piala Dunia sebelum mengalami kekecewaan penentuan sepakan penalti menentang Croatia, kelmarin -- berakhir.
Ketua jurulatih berusia 61 tahun itu sejak Februari lalu lagi mengumumkan bahawa dia akan mengosongkan jawatannya tanpa mengira nasib juara lima kali berkenaan di Qatar.
Penyerang legenda skuad Samba, Ronaldo, berkata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) pernah berunding dengan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu yang sebaliknya memilih untuk melanjutkan tempohnya di Stadium Etihad sehingga 2025.
"Memang kami meminati Guardiola; ia telah dibincangkan dengan barisan kakitangan kejurulatihan Guardiola, tetapi dia lebih senang untuk memperbaharui kontraknya dengan City," kata pemenang Piala Dunia 2002 itu di saluran YouTube.
"Mungkin sukar buat CBF mencapai persetujuan; dia adalah jurulatih dengan bayaran tertinggi di dunia." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Pep Guardiola
#Piala Dunia 2022
#Brazil
#Ronaldo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan