awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Penalti Messi punca Croatia tewas

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2022
04:00 MYT
Piala Dunia Qatar: Penalti Messi punca Croatia tewas
Menurut Dalic, penalti tersebut disifatkan sebagai mencurigakan dan pengadil sepatutnya terlebih dahulu memberikan sepakan sudut kepada Croatia sebelum insiden penalti itu berlaku. -Foto Sinar Harian/Agensi
PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic mengkritik keputusan pengadil yang memberikan penalti ketika pasukannya tewas kepada Argentina 0-3 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.
Menurut Dalic, penalti tersebut disifatkan sebagai mencurigakan dan pengadil sepatutnya terlebih dahulu memberikan sepakan sudut kepada Croatia sebelum insiden penalti itu berlaku.
Malah, dia juga menyifatkan penalti itu menyebabkan rentak permainan Croatia berubah walaupun sebelum itu pasukannya menguasai perlawanan.
Segala-galanya di tangan kami. Kami bermain dengan baik selama setengah jam dan menguasai bola. Kami bukan diancam tetapi menguasai permainan.
"Kami melepaskan satu gol yang sangat mencurigakan. Situasi yang membawa kepada penalti ia adalah terlalu murah, sejujurnya terlalu mudah memberikan sepakan penalti itu," katanya.
PIALA DUNIA 2022
Messi tidak mempunyai masalah untuk meledak gol penalti tersebut dan kemudiannya Julian Alvarez menjaringkan dua gol untuk membawa Argentina ke perlawanan akhir.
Dalic turut memberikan pujian kepada Messi yang menunjukkan kualiti luar biasanya dalam perlawanan tersebut.
"Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai kualiti Messi. Selepas 15 tahun, dia sememangnya pemain terbaik dunia dan hari ini dia sangat bagus dan berbahaya kepada kami.
"Dia melakukan perbezaan untuk pasukan Argentina. Dia mempunyai teknik dan keupayaan di peringkat tertinggi dalam permainannya," katanya.
Dalam pada itu, Dalic menegaskan akan terus mengemudi pasukan itu walaupun gagal membawa Croatia mara ke perlawanan akhir.
"Saya akan meneruskan bersama Croatia. Kontrak saya sehingga 2024, selepas Euro dan dalam masa enam bulan kita ada Liga Negara UEFA dan kelayakan Piala Dunia. Perancangan saya adalah untuk membawa pasukan ke Euro 2024," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Zlatko Dalic
#penalti Argentina
#separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan